Makita UA002G Instruction Manual page 62

Cordless telescopic pole saw
Hide thumbs Also See for UA002G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sebelum melakukan sebarang kerja
2.
penyelenggaraan atau pembaikan atau
pembersihan alat, sentiasa matikan alat dan
keluarkan kartrij bateri. Tunggu sehingga alat
sejuk.
Sentiasa pakai sarung tangan pelindung
3.
semasa mengendalikan rantai gergaji.
Selepas setiap penggunaan, ketatkan semua
4.
skru dan nat, kecuali skru pelaras.
Pastikan rantai gergaji tajam. Jika rantai
5.
gergaji menjadi tumpul dan prestasi
pemotongannya tidak baik, minta pusat servis
yang diiktiraf Makita untuk mengasahnya atau
menggantinya dengan yang baharu.
Jangan cuba sebarang penyelenggaraan atau
6.
pembaikan yang tidak diterangkan dalam
manual arahan ini. Tanya pusat servis Makita
yang diiktiraf untuk kerja sedemikian.
Sentiasa gunakan alat ganti dan aksesori asli
7.
Makita sahaja. Menggunakan bahagian atau
aksesori yang dibekalkan oleh pihak ketiga boleh
mengakibatkan kerosakan alat, kerosakan harta
benda dan/atau kecederaan serius.
Penyimpanan
Sebelum menyimpan alat itu, lakukan
1.
pembersihan dan penyelenggaraan penuh.
Pasangkan penutup bar panduan. Keluarkan
kartrij bateri. Titiskan minyak rantai setelah
alat sejuk.
Simpan alat di tempat yang kering dan
2.
tinggi atau terkunci daripada jangkauan
kanak-kanak.
Jangan menyendal alat pada sesuatu,
3.
seperti dinding. Jika tidak, ia boleh jatuh dan
menyebabkan kecederaan.
Apabila menyimpan alat, elakkan cahaya
4.
matahari langsung dan hujan, dan simpan di
tempat yang tidak panas atau lembap.
Keselamatan elektrik dan bateri
Jangan hapuskan bateri dengan
1.
membakarnya. Sel mungkin meletup. Periksa
dengan kod tempatan untuk kemungkinan arahan
pelupusan khas.
Jangan buka atau merosakkan bateri. Elektrolit
2.
yang dibebaskan adalah menghakis dan boleh
menyebabkan kerosakan kepada mata atau kulit.
Ia mungkin toksik jika tertelan.
Jangan cas bateri dalam hujan, atau di lokasi
3.
yang basah.
Jangan cas bateri di luar.
4.
Jangan kendalikan pengecas, termasuk palam
5.
pengecas, dan terminal pengecas dengan
tangan yang basah.
Elakkan persekitaran yang bahaya. Jangan
6.
gunakan alat dalam lokasi sampah atau basah
atau mendedahkannya kepada hujan. Air yang
memasuki alat akan meningkatkan risiko kejutan
elektrik.
Jangan menggantikan bateri dalam hujan.
7.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (diperoleh dari
kegunaan berulang) menggantikan pematuhan
ketat terhadap peraturan keselamatan untuk
produk yang ditetapkan. SALAH GUNA atau
kegagalan mematuhi peraturan-peraturan
keselamatan yang dinyatakan dalam manual
arahan ini boleh menyebabkan kecederaan diri
yang serius.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
1.
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
Jangan buka atau cabut kartrij bateri. Ia boleh
2.
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
3.
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
4.
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
5.
Jangan sentuh terminal dengan bahan
(1)
berkonduksi.
Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
(2)
bekas bersama-sama objek besi lain
seperti paku, duit syiling, dll.
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
(3)
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
melecur dan juga kerosakan.
Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij
6.
bateri di lokasi yang suhunya mungkin
mencapai atau melebihi 50 °C (122 °F).
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
7.
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
Jangan paku, potong, pecahkan, buang,
8.
jatuhkan kartrij bateri, atau tekan objek keras
pada kartrij bateri. Perbuatan sedemikian boleh
mengakibatkan kebakaran, haba berlebihan, atau
letupan.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
9.
62 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents