Download Print this page

LG X210DS Manual page 20

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien (bersambung)
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah
sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti
stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara,
jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles
yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin
tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan
serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan
berjalan, sila pastikan bahawa volum berada pada
paras yang berpatutan agar anda sedar akan
keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat
penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran,
jangan mendengar pada tahap volum yang
tinggi untuk tempoh yang panjang.
8
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku
jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk
tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan
agar anda tidak menghidupkan atau mematikan
telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan
panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan
volum jika anda tidak dapat mendengar orang yang
bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang
yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa
yang sedang anda dengar.
NOTA
• Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga
dan fon kepala boleh menyebabkan kehilangan
pendengaran.

Advertisement

loading