LG G2 Quick Start Manual page 11

Hide thumbs Also See for G2:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan
halangnya dengan kelengkapan wayarles yang dipasang
atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang
tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan,
sila pastikan bahawa volum berada pada paras yang
berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling
anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan
jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran
anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran,
jangan mendengar pada tahap volum
yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika
anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh
yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda
tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih
berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan
bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum
jika anda tidak dapat mendengar orang yang bercakap
berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di
sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda
dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon
telinga dan fon kepala boleh menyebabkan
kehilangan pendengaran.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

D802

Table of Contents