Cara Penggunaan (Masak Nasi) - Panasonic SR-JN185 Operating Instructions Manual

Electric rice cooker
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Cara Penggunaan (Masak Nasi)

1. Sukat beras dengan cawan penyukat yang diberikan (rujuk
jadual spesifi kasi di halaman 28). Cuci beras di dalam
mangkuk berasingan sehingga air agak jernih.
2. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk. Tambah
air mengikut penunjuk paras air pada periuk. Contohnya,
apabila memasak 5 cawan beras, tuangkan air sehingga
penunjuk paras air "5".
• Letakkan periuk di atas permukaan keras, rata dan stabil
untuk menambah air.
• Air panas tidak disarankan untuk memasak kerana ia
mungkin menghasilkan nasi lembik.
3. Masukkan periuk ke dalam badan. Pastikan periuk menyentuh plat pemanas dengan
memusingkannya sedikit ke kanan dan ke kiri sehingga kedudukannya betul.
NOTA: Jika permukaan luar periuk basah, ia boleh menyebabkan bunyi
gemeretak apabila periuk nasi semakin panas. Ini boleh merosakkan
periuk nasi. Oleh itu, pastikan ia dalam keadaan kering sebelum
digunakan.
4. Tutup tudung luar sehingga berbunyi klik.
Sila pastikan tudung wap dan penutup dalam terpasang dengan betul.
NOTA: Jika tudung luar tidak ditutup dengan betul, kecekapan memasak akan
terjejas.
5. Pasangkan palam instrumen ke soket periuk nasi dan palam
kuasa ke alur keluar.
NOTA: Jangan pasang palam sehingga anda mahu
mula memasak.
6. Tekan butang suis ke bawah untuk mula memasak.
NOTA: Jika periuk tidak diletakkan di dalam badan, butang suis tidak dapat
digunakan apabila ditekan ke bawah.
Berhati-hati dengan wap panas yang keluar dari tudung wap di bahagian
atas tudung luar semasa memasak.
Jangan tutup tudung luar dengan kain atau apa-apa benda semasa
memasak atau kekal panas kerana perubahan bentuk atau perubahan
warna boleh berlaku.
7. Apabila selesai memasak, butang suis akan terangkat. Pada masa yang sama, penunjuk memasak akan
padam dan penunjuk kekal panas akan menyala yang menunjukkan fungsi kekal panas mengambil alih.
Tudung luar perlu dibiarkan bertutup walaupun selepas selesai proses memasak sekurang-kurangnya 15 minit.
Kemudian, kacau nasi dengan senduk nasi supaya wap bebas keluar.
NOTA: • Setelah proses memasak selesai, proses kekal panas akan berlangsung
secara automatik sehingga sumber bekalan kuasa diputuskan.
• Buka tudung luar dengan perlahan untuk mengelak air menitis keluar
dari tudung luar.
• Butang suis tidak sepatutnya ditekan kepada kedudukan memasak
semasa proses kekal panas.
• Jangan kekal panas lebih daripada 5 jam.
• Jangan tutup tudung luar jika ada nasi melekat pada rim periuk.
Ia akan mengurangkan kecekapan fungsi kekal panas.
8. Apabila anda tidak mahu kekal panas, tanggalkan palam kuasa daripada alur keluar.
24
Book-O (Malaysia) MA.indd 24
Book-O (Malaysia) MA.indd 24
Betul
Salah
Penunjuk paras air pada periuk digunakan
sebagai rujukan. Laraskan jumlah air mengikut
cita rasa anda sendiri. Ratakan permukaan
beras selepas selesai melaraskan air.
Palam
instrumen
Soket
periuk
nasi
Mangkuk
Periuk
Palam kuasa
Alur keluar
Rice Cook
Keep Warm
Keep Warm
Rice Cook
Palam kuasa
Alur keluar
12/8/15 4:11 PM
12/8/15 4:11 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Sr-jn105

Table of Contents