LG -X240K User Manual page 88

Hide thumbs Also See for LG-X240K:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada
bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar
anda tidak menghidupkan atau mematikan peranti mudah alih berhampiran
dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan
panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang
duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Sesetengah bahagian peranti mudah alih anda diperbuat daripada kaca. Kaca
ini boleh pecah jika peranti mudah alih anda terjatuh di atas permukaan keras
atau menerima hentakan yang besar. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau
cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda
sehingga kaca tersebut diganti oleh penyedia perkhidmatan yang sah.
Kawasan letupan
Jangan gunakan peranti di tempat kerja peletupan sedang dijalankan. Patuhi
sekatan dan ikut sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
Jangan gunakan peranti di tempat mengisi minyak.
Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang kenderaan yang sama anda meletakkan peranti dan aksesorinya.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents