Makita DUA301 Instruction Manual page 65

Cordless telescopic pole saw
Hide thumbs Also See for DUA301:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Untuk memasang rantai gergaji, lakukan langkah-
langkah berikut:
1.
Periksa arah rantai gergaji. Padankan arah rantai
gergaji dengan arah tanda pada badan alat.
2.
Pasangkan satu hujung rantai gergaji pada
bahagian atas bar panduan. Pasangkan hujung rantai
gergaji yang lain di sekeliling gegancu. Pastikan rantai
gergaji dipasang dengan betul pada gegancu dan
dipasang dengan betul dalam alur bar panduan.
3.
Pasang bar panduan pada badan alat, jajarkan
lubang pada bar panduan dengan pin pada badan alat.
► Rajah16: 1. Gegancu 2. Lubang
4.
Masukkan tonjolan pada penutup gegancu ke
badan ralat, kemudian tutup penutup agar bolt dan pin
pada badan alat bertemu bahagian sepadan ia di atas
penutup.
► Rajah17: 1. Tonjolan 2. Penutup gegancu 3. Bolt
4. Pin
5.
Ketatkan nat penahan untuk melindungi penutup
gegancu, kemudian longgarkan sedikit untuk pelarasan
ketegangan.
► Rajah18: 1. Nat penahan
Melaraskan ketegangan rantai
gergaji
PERHATIAN:
Jangan ketatkan rantai gergaji
terlalu banyak. Ketegangan berlebihan rantai gergaji
boleh menyebabkan kerosakan rantai gergaji dan
menghauskan bar panduan.
PERHATIAN:
Rantai yang terlalu longgar
boleh terlompat daripada bar dan boleh
menyebabkan kemalangan kecederaan.
Rantai gergaji mungkin menjadi longgar selepas
penggunaan yang lama. Dari semasa ke semasa,
periksa ketegangan rantai gergaji sebelum
penggunaan.
1.
Longgarkan nat penahan sedikit untuk
melonggarkan sedikit penutup gegancu.
► Rajah19: 1. Nat penahan
2.
Angkat hujung bar panduan sedikit dan laraskan
ketegangan rantai. Pusingkan skru pelaras rantai
melawan arah jam untuk mengetatkan, pusingkan
mengikut arah jam untuk melonggarkan.
Ketatkan rantai gergaji sehingga bahagian bawah rantai
gergaji sepadan dengan rel bar panduan seperti yang
digambarkan.
► Rajah20: 1. Bar panduan 2. Rantai gergaji 3. Skru
pelaras rantai
3.
Teruskan memegang bar panduan dengan lembut
dan pasangkan penutup gegancu.
Pastikan rantai gergaji tidak longgar pada bahagian
bawah.
4.
Ketatkan nat penahan untuk mengukuhkan
penutup gegancu.
► Rajah21: 1. Nat penahan
OPERASI
Pelinciran
NOTIS:
Apabila mengisi minyak rantai untuk kali
pertama, atau mengisi semula tangki selepas ia
telah dikosongkan sepenuhnya, tambah minyak
sehingga ke tepi bawah leher pengisi. Jika tidak,
penghantaran minyak mungkin terganggu.
NOTIS:
Gunakan minyak rantai gergaji yang
khusus untuk gergaji rantai Makita atau minyak
yang sama yang terdapat di pasaran.
NOTIS:
Jangan sekali-kali gunakan minyak yang
terdapat habuk dan debu atau minyak meruap.
NOTIS:
Apabila memangkas pokok, gunakan
minyak botani. Minyak mineral boleh
membahayakan pokok.
NOTIS:
Sebelum operasi pemotongan, pastikan
penutup tangki minyak yang diketatkan dengan
kukuh.
Rantai gergaji dilincirkan secara automatik apabila alat
sedang beroperasi. Periksa jumlah baki minyak dalam
tangki minyak secara berkala.
► Rajah22: 1. Tangki minyak
Untuk mengisi semula tangki, letakkan alat di
permukaan rata, kemudian tekan butang pada penutup
tangki minyak hingga butang di sisi lain tegak, dan
kemudian lepaskan penutup tangki minyak dengan
memutarnya.
Jumlah minyak yang betul adalah 160 ml. Selepas
mengisi semula tangki, pastikan penutup tangki minyak
diketatkan dengan kukuh.
► Rajah23: 1. Penutup tangki minyak 2. Ketatkan
3. Longgarkan
NOTA: Jika sukar menanggalkan penutup tangki
minyak, masukkan perengkuh kotak ke dalam slot
penutup tangki minyak, dan kemudian tanggalkan
penutup tangki minyak dengan memutarnya mengikut
arah lawan jam.
► Rajah24: 1. Slot 2. Perengkuh kotak
Setelah mengisi semula, pegang alat jauh dari pokok.
Mulakan ia dan tunggu sehingga pelinciran pada rantai
gergaji memadai.
► Rajah25
65 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents