Makita 6905B Instruction Manual page 18

Hide thumbs Also See for 6905B:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3.
Cabut palam dari sumber kuasa dan/atau
keluarkan pek bateri, jika boleh ditanggalkan,
dari alat kuasa sebelum membuat sebarang
pelarasan, menukar aksesori, atau menyimpan
alat kuasa. Langkah-langkah keselamatan
pencegahan sedemikian mengurangkan risiko
memulakan alat kuasa secara tidak sengaja.
4.
Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini untuk mengendalikan
alat kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di
tangan pengguna yang tidak terlatih.
5.
Menyelenggara alat kuasa dan aksesori.
Periksa salah jajaran atau ikatan pada
bahagian yang bergerak, bahagian yang
pecah dan apa-apa keadaan lain yang
boleh menjejaskan operasi alat kuasa. Jika
rosak, baiki alat kuasa sebelum digunakan.
Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
alat kuasa yang tidak dijaga dengan baik.
6.
Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga dengan betul dengan
hujung pemotong yang tajam mempunyai
kemungkinan yang rendah untuk terikat dan lebih
mudah dikendalikan.
7.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
Pastikan pemegang dan permukaan pegangan
8.
kering, bersih dan bebas dari minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan
selamat bagi alat dalam situasi yang tidak
dijangka.
9.
Apabila menggunakan alat, jangan pakai
sarung tangan kerja kain yang mungkin boleh
kusut. Kekusutan sarung tangan kerja kain pada
bahagian yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan diri.
Servis
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
1.
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
Amaran keselamatan perengkuh
hentaman
1.
Pegang alat kuasa pada permukaan
mencengkam tertebat apabila melakukan
operasi yang pengikat boleh tersentuh
wayar tersembunyi atau kordnya sendiri.
Pengikat yang bersentuh wayar "hidup" mungkin
menyebabkan bahagian logam terdedah alat
kuasa "hidup" dan boleh memberi kejutan elektrik
kepada pengendali.
Pakai pelindung telinga.
2.
3.
Periksa soket hentaman dengan teliti untuk
melihat sebarang kehausan, keretakan atau
kerosakan sebelum pemasangan.
4.
Pegang alat dengan kukuh.
5.
Jauhkan tangan daripada bahagian berpusing.
6.
Sentiasa pastikan anda mempunyai tapak
berpijak yang kukuh.
Pastikan tiada siapa di bawah apabila
menggunakan alat di lokasi yang tinggi.
Tork pengikat yang betul mungkin berbeza
7.
bergantung pada jenis atau saiz bolt. Periksa
tork dengan perengkuh tork.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan keselamatan yang
dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Tindakan suis
► Rajah1: 1. Pemicu suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
Tukar arah putaran hanya selepas alat berhenti
sepenuhnya. Menukar arah putaran sebelum
alat berhenti boleh merosakkan alat.
Suis boleh dibalikkan, memberikan putaran mengikut
arah jam atau lawan arah jam. Untuk memulakan alat,
tarik bahagian bawah pemicu suis untuk mengikut arah
jam atau bahagian atas untuk mengikut lawan arah jam.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
18 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

6906

Table of Contents