LG KG800 User Manual page 112

Hide thumbs Also See for KG800:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang
dijalankan. Ikut sekatan-sekatan, dan patuhi
sebarang undang-undang atau peraturan.
Persekitaran Boleh Meletup
v
Jangan menggunakan telefon di tempat mengisi
bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan dengan
bahan bakar atau kimia.
v
Jangan angkut atau simpan gas atau cecair mudah
terbakar, atau bahan letupan di dalam petak
simpanan kenderaan anda, yang mengandungi
telefon bimbit anda dan aksesoriaksesorinya.
Di Dalam Pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan
gangguan di dalam pesawat.
v
Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki
sebarang pesawat.
v
Jangan gunakan ia di lapangan terbang tanpa izin
daripada kakitangan.
Kanak-Kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat jauh
daripada jangkauan kanak-kanak. Ia merangkumi
bahagian-bahagian kecil jika ditanggalkan yang
mungkin menyebabkan bahaya tercekik.
Panggilan Kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di
bawah semua rangkaian selular. Dari itu, anda tidak
sekali-kali seharusnya bergantung pada telefon ini
semata-mata untuk panggilan kecemasan. Periksa
dengan pembekal khidmat setempat anda.
Maklumat dan Penjagaan Bateri
v
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya
sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti
sistem bateri lain, tiada kesan ingatan yang boleh
menjejas prestasi bateri.
v
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas
LG direka bentuk untuk memaksimumkan hayat
bateri.
v
Jangan buka atau melitar pintas pek bateri.
v
Pastikan sentuhan logam pek bateri sentiasa
bersih.
v
Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan
prestasi yang boleh diterima. Pek bateri boleh
dicas beratus-ratus kali sehinggaia perlu diganti.
v
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan untuk
masa yang lamabagi memaksimumkan
kegunaannya.
v
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya
matahari langsung atau gunakan ia dalam
kelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
v
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau
sejuk; ini boleh melemahkan prestasi bateri.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents