Untuk Keselamatan Anda - LG KG800 User Manual

Hide thumbs Also See for KG800:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Untuk Keselamatan Anda

Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan
mungkin merbahaya atau salah di sisi undang-
undang. Maklumat terperinci lanjut diberikan di
dalam buku panduan ini.
AMARAN!
• Telefon Bimbit mesti dimatikan sepanjang masa di
dalam pesawat.
• Jangan pegang telefon di dalam tangan anda
semasa memandu.
• Jangan gunakan telefon anda berdekatan dengan
stesen minyak, depot bahan bakar, loji kimia atau
operasi peletupan.
• Untuk keselamatan anda, gunakan HANYA bateri
dan pengecas yang ditentukan TULEN.
• Jangan pegang telefon dengan tangan yang basah
semasa ia dicas. Ini boleh menyebabkan kejutan
elektrik atau kerosakan yang serius pada telefon
anda.
• Simpan telefon di tempat yang selamat jauh dari
capaian kanak-kanak. Ini termasuk bahagian-
bahagiannya yang kecil yang boleh menimbulkan
bahaya tercekik jika dipisahkan.
6
AWAS!
• Matikan telefon di sebarang tempat di mana
peraturan khas menghendakinya. Misalnya, jangan
gunakan telefon anda di hospital kerana ia boleh
menjejas peralatan perubatan yang peka.
• Panggilan kecemasan mungkin tidak terdapat di
bawah.
• Gunakan hanya aksesori TULEN bagi mengelakkan
kerosakan pada telefon anda.
• Semua pemancar radio mempunyai risiko gangguan
jika berdekatan dengan barangan elektronik.
Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio,
PC, dan sebagainya.
• Bateri harus dibuang menurut undang-undang yang
berkaitan.
• Jangan buka bahagian-bahagian telefon atau
bateri.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents