Download Print this page

LG G Flex 2 -H959 User Manual page 9

Advertisement

Available languages

Available languages

Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan
biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan
dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan
ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, berhati-hati apabila mengendalikan
telefon dan pengecas (pengecas cepat) anda semasa atau serta-merta selepas
menggunakannya.
Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan
ia sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan
sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau
pengering rambut.
Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon
anda. Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi
oleh waranti anda.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
7

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

G flex 2 lgh959.aseard