Mengendalikan
W Risiko kecederaan!
Jangan memasukkan palam sesalur
sehingga semua persiapan untuk bekerja
dengan perkakas telah lengkap.
Perhatian!
Jangan mengendalikan perkakas tanpa
aksesori / alat berada pada kedudukan
pengendaliannya. Jangan mengendalikan
perkakas yang kosong. Jangan
mendedahkan perkakas atau aksesori
kepada punca haba. Bahagian-bahagiannya
tidak sesuai untuk gelombang mikro.
■ Sebelum mengendalikan perkakas
dan aksesori untuk kali pertama,
bersihkannya dengan teliti, lihat
"pembersihan dan servis".
Nasihat penting
Dalam arahan pengendalian ini, nilai
panduan untuk kelajuan pengendalian
adalah berasaskan kepada perkakas
dengan 7 pengesetan penukar pusingan.
Untuk perkakas dengan 4 pengesetan
penukar pusingan, nilai boleh didapati
daripada setiap kurungan yang berada
selepasnya.
Dalam arahan pengendalian ini, terdapat
satu pelekat dengan nilai panduan untuk
kelajuan pengendalian perkakas bagi
penggunaan alat atau aksesori. Kami
nasihatkan anda supaya melekatkan
pelekat ini pada perkakas (rajah C).
Persediaan
■ Letakkan unit asas pada permukaan
yang rata dan bersih.
■ Tarik keluar kord (rajah D).
MUM52../MUM54../MUM58..
Tempat simpanan kabel:
Tarik keluar kabel mengikut
panjang yang dikehendaki.
MUM55../MUM56..
Penggulung kabel automatik:
Tarik kabel sekali sehingga
mencapai panjang yang
dikehendaki (maks. 100 cm)
dan lepaskan dengna perlahan; kabel
akan dikunci.
Mengurangkan panjang kabel
pengendalian: Tarik sedikit kabel dan
biarkan ia bergulung sehingga ke panjang
yang dikehendaki. Kemudian tarik semula
kabel sedikit dan lepaskan dengan
perlahan. kabel akan dikunci.
Perhatian!
Jangan biarkan kabel terpilin semasa
memasukkannya. Bagi perkakas dengan
penggulung kabel automatik, jangan
masukkan kabel dengan tangan. Jika kabel
tersekat, tarik keluar kabel sepenuhnya dan
biarkan ia bergulung masuk.
■ Pasangkan plag.
Mangkuk adun dan alat
W Risiko kecederaan daripada
alat yang berputar
Semasa peralatan sedang dikendalikan,
jauhi jari dari mangkuk adun. Kendalikan
hanya setelah tudung dipasang (12)!
Jangan menukar alat sehingga pemacu
telah berhenti sepenuhnya – apabila
peralatan dimatikan, pemacu akan terus
bergerak sejenak dan akan berhenti pada
kedudukan penukaran alat.
Gerakkan lengan pengayun putar hanya
setelah alat berhenti.
Sentiasa melindungi pemacu yang tidak
digunakan dengan tuding pelindung
pemacu.
Perhatian!
Gunakan mangkuk adun hanya untuk
pengendalian dengan peralatan ini.
Pengacau (13)
untuk mengacau doh,
contohnya adunan kek
Pemukul (14)
untuk memukul putih telur, krim dan
doh ringan, contohnya campuran
span
Cangkuk uli (15)
untuk menguli doh berat dan
mengadun bahan yang tidak perlu
dipotong (contohnya kismis dan
cip coklat)
Mengendalikan
ms
21