Selepas Penggunaan - Aiwa AW-LED55X8FL Operation Manual

Led ( backlighting) tv
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Selepas penggunaan

Pembersihan
Amaran: Pastikan palam peranti dicabut daripada kuasa sesalur sebelum
membersihkannya. Jika tidak, terdapat risiko terkena kejutan elektrik!
Jangan tumpah atau sembur apa-apa jenis cecair ke dalam unit. Hanya gunakan kain yang
bersih dan kering untuk membersihkan selongsong. Jangan gunakan cecair agresif. Jika
sangat kotor, gunakan kain yang lembap sedikit.
Bersihkan skrin dengan kain pembersih khas untuk skrin.
Perhatian: apabila anda membersihkan skrin, pegang peranti dengan satu
tangan supaya tidak bergoyang dan bersihkan skrin dengan tangan yang satu
lagi dengan berhati-hati. Jika tidak, peranti itu mungkin terbalik dan rosak atau
menyebabkan kecederaan.
Penyimpanan apabila tidak digunakan
Jika anda tidak merancang menggunakan peranti ini untuk tempoh yang lama, cabutkan
palam kord kuasa daripada soket dan keluarkan bateri daripada pengawal jauh. Pastikan
suhu simpanan berada di antara -15 °C dan 45 °C dan kelembapan relatif tidak melebihi
90%.
Pengangkutan
Jika anda ingin memindahkan peranti pada jarak dekat, teruskan seperti berikut untuk
mengangkut peranti:
1. Putuskan sambungan peranti daripada sesalur.
2. Keluarkan semua kabel yang tersambung kepada peranti.
3. Jika anda ingin memindahkan peranti ke luar bangunan anda, tanggalkan tapaknya dan
sokongan sisi pilihan atau pendakap dinding terpasang dengan menterbalikkan
prosedur.
4. Kemaskan peti TV dengan berhati-hati. Berjaga-jaga untuk memastikan sudut
selongsong dan skrin dilindungi dengan baik.
5. Bawa peti TV dan aksesorinya ke lokasi baru dan sediakannya semula.
Pembuangan alat elektrik lama
Arahan Eropah 2012/19/EU mengenai Peralatan Elektrik dan Elektronik Sisa
(WEEE), menghendaki bahawa alatan elektrik rumah lama tidak boleh
dibuang ke dalam aliran sisa bandaran biasa yang tidak terisih. Alat lama
mesti dikumpul secara berasingan untuk mengoptimumkan pengambilan
semula dan pengitaran semula bahan yang dikandunginya, dan
mengurangkan impak terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.
Simbol "tong sampah beroda" yang dipangkah di atas produk mengingatkan
anda tentang kewajipan anda, bahawa apabila anda membuang alat, ia
mesti dikumpul secara berasingan.
Pengguna perlu menghubungi pihak berkuasa tempatan atau peruncit untuk
mendapatkan maklumat mengenai pembuangan alat lama mereka.
13

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents