Aiwa AW-LED55X8FL Operation Manual page 23

Led ( backlighting) tv
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Amaran
10. Palam SESALUR alat digunakan sebagai peranti pemutusan, peranti pemutusan
hendaklah tetap boleh dikendalikan dengan mudah.
11. Pemasangan dinding---Apabila memasang produk pada dinding, pastikan anda
memasang produk mengikut kaedah yang disyorkan oleh pengilang. Ini merupakan ciri
keselamatan.
12. Tempat letak---Jangan letakkan produk di atas troli, tempat letak, tripod atau meja
yang tidak stabil. Penempatan produk pada tapak yang tidak stabil boleh menyebabkan
produk jatuh, mengakibatkan kecederaan diri yang serius serta kerosakan produk.
Sentiasa letakkan TV di atas perabot yang boleh menyokong TV dengan selamat.
Pastikan hujung TV tidak mengunjur ke luar tepi perabot sokongan.
13. Pemasukan objek dan cecair---Jangan masukkan objek ke dalam produk melalui
lubang atau bukaan. Voltan tinggi mengalir dalam produk, dan pemasukan objek boleh
menyebabkan kejutan elektrik dan/atau litar pintas bahagian dalaman. Atas sebab yang
sama, jangan tumpahkan air atau cecair pada produk.
14. Kerosakan yang memerlukan servis---Unit ini hanya boleh diservis oleh juruteknik
yang dibenarkan dan terlatih dengan betul. Pembukaan penutup atau percubaan lain
oleh pengguna untuk menservis unit ini mungkin mengakibatkan kecederaan yang
serius atau kematian akibat kejutan elektrik, dan boleh menambah risiko kebakaran.
15. Barang ganti---Sekiranya produk memerlukan barang ganti, pastikan bahawa
kakitangan servis menggunakan barang ganti yang ditetapkan oleh pengilang, atau
barang ganti yang mempunyai ciri dan prestasi yang sama seperti barang asal.
Penggunaan bahagian tanpa kebenaran boleh mengakibatkan kebakaran, kejutan
elektrik dan/atau bahaya lain.
16. Semakan keselamatan---Apabila siapnya servis atau kerja pembaikan, minta
juruteknik servis untuk menjalankan semakan keselamatan bagi memastikan produk
berada dalam keadaan kendalian yang betul.
17. Kanak-kanak---Jangan biarkan kanak-kanak kecil bermain dengan beg plastik yang
disertakan bersama televisyen apabila anda mengeluarkannya. Kegagalan berbuat
demikian boleh mengakibatkan kelemasan, menyebabkan kecederaan.
18. Bateri---Bateri (patrum bateri atau bateri dipasang) tidak boleh terdedah kepada haba
berlebihan seperti cahaya matahari, api atau yang seumpamanya.
Jangan buang sebarang bateri bersama dengan sisa domestik. Kembalikannya
ke tempat pemungutan bateri lama.
19. Antena---Pasangkan antena jauh dari talian elektrik voltan tinggi dan kabel komunikasi
dan pastikan ia dipasang dengan kukuh. Jika antena menyentuh talian elektrik,
sentuhan dengan antena boleh mengakibatkan kebakaran, kejutan elektrik atau
kecederaan yang serius.
20. Perlindungan panel---Panel yang digunakan dalam produk ini dibuat daripada kaca.
Oleh itu, ia boleh pecah apabila produk jatuh atau terhentam oleh objek lain.
Berhati-hati agar tidak terluka oleh kepingan kaca pecah sekiranya panel pecah.
21. Suhu Pengendalian: 5℃ hingga 45℃ Kelembapan Pengendalian: ≤80%
Suhu Simpanan: -15℃
hingga 45℃
Kelembapan Simpanan: ≤90%
4

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents