Download Print this page

Philips QC5002 Instructions Manual page 15

Hide thumbs Also See for QC5002:

Advertisement

Mereka pelbagai potongan rambut
Potongan crew cut
Pilih tetapan panjang rambut yang dikehendaki untuk bahagian
leher(gamb. 12).
Gunting di bahagian leher menggunakan teknik "Pengguntingan
dengan alat tambahan untuk menyikat" (gamb. 13).
Laraskan tetapan panjang rambut untuk bahagian belakang dan sisi
kepala.
Gunting rambut di bahagian sisi dan belakang kepala, membiarkan
rambut di bahagian atas kepala tidak dipotong (gamb. 14).
Untuk gaya mendatar atas, potong rambut di bahagian atas kepala
dengan menggunakan teknik "Menggunting dengan menggunakan
sikat pendandanan atau jari" (gamb. 15).
Kemaskan potongan rambut tersebut dengan menggunting di
bahagian garis leher, jambang dan di sekeliling telinga
menggunakan teknik "Menggarisbentukkan".
Potongan gaya pendek
Pilih tetapan panjang rambut yang dikehendaki untuk bahagian
belakang dan sisi kepala (gamb. 16).
Gunting bahagian belakang dan sisi kepala menggunakan teknik
"Menggunting dengan alat tambahan untuk menyikat" (gamb.17).
Biarkan rambut di atas kepala tidak dipotong.
Pilih tetapan panjang rambut yang dikehendaki untuk bahagian
atas kepala.
Gunting di bahagian atas kepala menggunakan teknik
"Menggunting dengan alat tambahan untuk menyikat" (gamb. 18).
Kemaskan potongan rambut tersebut dengan menggunting di
bahagian garis leher, jambang dan di sekeliling telinga
menggunakan teknik "Menggarisbentukkan".
Pembersihan
Jangan menggunakan agen pembersihan yang melelas, penyental atau
cecair seperti alkohol, petrol atau aseton untuk membersihkan
perkakas itu.
BAHASA MELAYU
15

Advertisement

loading