Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips QC5002 Instructions Manual

Hide thumbs Also See for QC5002:

Advertisement

BAHASA MELAYU

12
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan di masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat
servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak-pihak yang telah
diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Plag penyesuai mengandungi transformer. Jangan potong plag
penyesuai untuk menggantikannya dengan plag yang lain kerana ini
akan menimbulkan situasi berbahaya.
Plag penyesuai mengubah 220-240 voltan kepada voltan yang
selamat yang kurang daripada 24 voltan.
Pelihara agar perkakas dan plag penyesuai kering.
Jauhkan perkakas daripada jangkauan kanak-kanak
Simpan dan gunakan perkakas itu pada suhu antara 5cC dan
35cC.
Jangan gunakan perkakas jika unit pemotong atau alat tambahan
untuk menyikat rosak atau pecah, kerana ini boleh menyebabkan
kecederaan.
Perkakas ini hanya bertujuan untuk menggunting rambut di kulit
kepala manusia. Jangan gunakan untuk sebarang tujuan lain.
Bersedia untuk menggunakannya
Pengguntingan dengan alat tambahan untuk menyikat:
1
Luncurkan lengan alat tambahan untuk menyikat ke dalam alur
panduan alat itu (gamb. 1).
2
Tekan butang pelarasan di bahagian belakang perkakas dan
luncurkan alat tambahan untuk menyikat pada posisi yang
dikehendaki (lihat jadual) (gamb. 2).
3
Lepaskan butang pelarasan untuk mengunci sikat.
4
Pasang plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding.

Advertisement

loading