Penyelenggaraan; Maklumat Waranti; Aksesori; Hubungan - Thule Sleek Series Instructions Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 6
AMARAN:
i1. PENTING - Simpan arahan ini
untuk rujukan masa hadapan.
Keselamatan anak anda
mungkin terjejas jika anda tidak
mengikuti arahan ini.
i2. Baca manual Keselamatan bagi
Kereta Sorong dan Basinet
Thule sebelum guna dan
simpan untuk rujukan masa
hadapan.
MAKLUMAT PENTING
Casis Thule Sleek hanya serasi dengan kerusi utama
Thule Sleek, Kerusi Adik-Beradik Thule Sleek, Basinet
Thule Sleek dan Penyesuai Kerusi Kereta Thule Sleek.

PENYELENGGARAAN

Memastikan kereta sorong Thule Sleek bersih dan
diselenggara dengan baik adalah adalah faktor
penting untuk memastikan ia dalam keadaan yang
baik.
Memeriksa kereta sorong dan aksesori anda dengan
kerap untuk memastikan tiada kerosakan haus:
• Periksa komponen logam untuk mencari
sebarang kemek atau retak. Jangan guna
kereta sorong jika mana-mana komponen
logam retak atau rosak.
• Periksa fabriknya dengan kerap untuk
memastikan tiada koyak, tempat yang haus
atau sebarang tanda-tanda kerosakan lain.
Fabrik pada Thule Sleek boleh dibersihkan dengan
cucian tangan
• Basuh tempat tertentu atau lakukan cucian
tangan dengan sabun lembut & air suam.
• Bilas dengan sempurna dengan air suam.
• Sidai untuk membiarkan ia kering udara
sepenuhnya.
• Jangan guna cucian mesin! Jangan guna
peluntur. Jangan seterika. Jangan cuci kering.
• Jika perlu fabrik tempat duduk dan kanopi
boleh ditanggalkan untuk dibasuh.
Casis dan roda Thule Sleek boleh dibersihkan
dengan kain lembap. Keringkan dengan kain yang
kering.
Jika roda berkeriut, lincirkan sedikit dengan pelincir
silikon. JANGAN guna produk berasaskan minyak
atau gris, kerana ini akan menarik kotoran, yang akan
mengakibatkan pergerakan tersumbat.
501-8342-04
Simpan kereta sorong anda dan aksesori di tempat
yang kering jauh daripada sinar mentari langsung.
Sebelum menyimpan kereta sorong, ia sepatutnya
kering untuk mencegah kulat atau bakteria daripada
tumbuh.
WARANTI DAN
ALAT GANTI
Thule berdedikasi untuk menyediakan produk yang
cemerlang yang telah diuji dan dijamin kualitinya
daripada kecacatan bahan dan pertukangan. Untuk
mendapatkan maklumat terperinci mengenai
Jaminan Thule dan Waranti Lanjutan Thule bagi
Thule Sleek sila layari Thule.com.
Hanya gunakan alat ganti yang dibekalkan atau
disyorkan oleh Thule sahaja.
Alat ganti boleh dibeli di pengedar Thule tempatan
anda. Anda boleh mendapati Pengedar Thule
terhampir dengan menggunakan pencari lokasi
pengedar di Thule.com.

AKSESORI

Anda boleh meningkatkan kefungsian kereta sorong
Thule Sleek anda dengan menambah satu atau
lebih aksesori, dari penyesuai tempat duduk kereta
hinggalah ke pemegang cawan dan sarung kaki
dengan warna yang sepadan. Dengan kemudahan
dan keselesaan tambahan untuk ibu bapa dan
juga anak, kereta sorong anda akan menjadi lebih
menyeronokkan. Hubungi pengedar tempatan anda
atau layari www.thule.com untuk mendapatkan
maklumat lanjut.

HUBUNGAN

Kami sentiasa berminat untuk mendapatkan
maklum balas anda dan menjawab pertanyaan
anda mengenai produk kami demi memastikan
kami memberi pengalaman yang terbaik mungkin.
Sila hubungi perkhidmatan pengguna kami melalui
support.thule.com atau hubungi pengedar tempatan
anda.
MS
89

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents