Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efi Sien - LG KS360 User Manual

Hide thumbs Also See for KS360:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien
Sila baca garis panduan yang mudah ini.
Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga
frekuensi radio
Maklumat Pendedahan kepada
gelombang radio dan Kadar Penyerapan
Khusus (SAR)
Telefon mudah alih model KS360 telah
direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan boleh guna bagi pendedahan
kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifi k
yang termasuk margin keselamatan yang
bertujuan memastikan keselamatan bagi
semua orang, tidak kira umur atau tahap
kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit
ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian-ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap
SAR pelbagai model telefon LG, ia semua
direka bentuk untuk memenuhi garis
panduan relevan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
antarabangsa mengenai Perlindungan
Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP), iaitu
2 W/Kg dipuratakan ke atas sepuluh (10)
gram tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon
model ini yang diuji oleh DASY4 untuk
penggunaan pada telinga ialah 0.489 W/kg
(10g) dan apabila dipakai pada badan ialah
0.949 W/kg (10g).
Maklumat SAR bagi penduduk di
negara/kawasan yang telah mengambil
had SAR yang disyorkan oleh Institut
Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of
Electrical and Electronics Engineers) (IEEE),
iaitu 1.6 W/Kg dipuratakan ke atas satu (1)
gram tisu.
61

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents