LG E988 User Manual page 212

Hide thumbs Also See for E988:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Tetapan
pada tetapan ini boleh menjimatkan kuasa bateri dan menurunkan (tetapi tidak
menghapuskan) penggunaan data.
< Awan >
Tambah akaun cloud dengan cepat dan mudah menggunakan perkhidmatan cloud
pada aplikasi LG.
< Lokasi >
Mod
Ketepatan tinggi (GPS dan rangkaian) – Gunakan GPS, Wi-Fi dan rangkaian
mudah alih untuk menganggarkan lokasi anda.
Menjimatkan bateri (Rangkaian sahaja) – Gunakan Wi-Fi dan rangkaian mudah
alih untuk menganggarkan lokasi anda.
Pengesan peranti sahaja (GPS sahaja) – Gunakan GPS untuk menentukan lokasi
anda.
PERMINTAAN LOKASI BARU-BARU INI – Memaparkan aplikasi yang telah meminta
maklumat lokasi baru-baru ini.
PERKHIDMATAN LOKASI – Membolehkan anda melihat tetapan lokasi Google anda.
< Keselamatan >
Enkripsikan telefon – Membolehkan anda menyulitkan data pada telefon untuk
keselamatan. Anda akan diminta memasukkan PIN atau kata laluan untuk menyahsulit
telefon anda setiap kali anda menghidupkannya.
Sulitkan penyimpanan kad SD – Membolehkan anda menyulitkan data kad SD untuk
memastikan ia selamat. Selepas penyulitan, anda tidak akan dapat menggunakannya
dalam peranti lain. Sebarang data yang telah dicipta atau dikemas kini selepas
menyahdayakan penyulitan tidak akan disulitkan tetapi data yang pernah disulitkan
akan tetap disulitkan.
Sediakan kunci kad SIM – Sediakan kunci kad Micro-USIM atau ubah PIN kad Micro-
USIM.
Menaip kata laluan boleh dilihat – Tunjukkan aksara akhir bagi kata laluan yang
disembunyikan semasa anda menaip.
100

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents