LG E988 User Manual page 126

Hide thumbs Also See for E988:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Notis penting
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
Sentuh
> tab Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan
dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal cara kuasa bateri digunakan:
Sentuh
> tab Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon > Bateri >
Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ciri ini memberitahu tempoh masa
semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang
disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa
bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang
menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber
terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan
oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi.
Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh waranti ini.
14

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents