LG E405 User Manual page 133

Hide thumbs Also See for E405:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak
tersedia di bawah semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda hendaklah tidak
bergantung semata-mata pada telefon ini
untuk panggilan kecemasan. Semak dengan
pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri
sepenuhnya sebelum mengecasnya
semula. Tidak seperti sistem bateri yang
lain, tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas
LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar
pintaskan pek bateri.
Pastikan sesentuh logam pada pek bateri
sentiasa bersih.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi
prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
boleh dicas semula beratus-ratus kali
sebelum ia perlu diganti.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan
buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
17

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents