Electrolux EWW12746 User Manual page 45

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Dispenser detergen plastik tidak boleh
dibiarkan dalam dram semasa kitaran
pengeringan, kerana plastik yang digunakan
tidak direka bentuk untuk tahan haba. Jika
anda hendak membasuh hingga kering
anda hendaklah menggunakan laci
dispenser detergen yang konvensional.
AWAS!
-
Jangan hentikan pengeringan sebelum
penghujung kitaran pengeringan melain-
kan semua item dikeluarkan dengan cepat
dan dijemur supaya haba lesap.
-
Jangan keringkan baju dalam mesin
pengering dengan pelarut cucian kering.
Juga, jangan gunakan produk tambahan
basuhan semasa kitar pengeringan.
Untuk meminimakan risiko api dengan
mesin pengering, yang berikut perlu
dipatuhi:
Item yang telah dikotori atau direndam
dengan minyak sayuran atau minyak masak
merupakan bahaya api dan tidak sepatutnya
dimasukkan ke dalam mesin pengering. Item
dikotori minyak dapat terbakar sendiri,
terutamanya apabila didedahkan kepada
sumber haba seperti dalam mesin pengering.
Item menjadi panas, menyebabkan pengok-
sidaan mnejana haba. Jika haba tidak boleh
terlepas, item mungkin menjadi cukup panas
untuk terbakar. Menimbunkan, mengumpul-
kan, atau menyimpan item dikotori minyak
dapat mencegah daripada haba terlepas dan
menyebabkan bahaya kebakaran.
Jika fabrik yang mengandungi minyak
sayuran atau minyak masak atau yang
dicemari dengan produk penjagaan rambut
tidak dapat dielakkan untuk diletakkan
dalam mesin pengering mereka perlu
dibersihkan dahulu dalam air panas dengan
detergen tambahan - ini akan mengurang-
kan, tetapi bukan menghapuskan bahaya.
Kitar'penyejukan' mesin pengering
digunakan untuk mengurangkan suhu item
tersebut. Mereka tidak boleh dibuang
daripada mesin pengering atau ditimbunkan
semasa panas.
Item yang telah dibersihkan sebelum ini ,
dibasuh, direndam, atau dikotorkan dengan
petrol/gasolin, cecair pengering udara atau
pelarut yang boleh terbakar atau boleh
meletup tidak boleh diletakkan dalam
pengering.
Bahan mudah terbakar biasanya
digunakan dalam persekitaran
domestik termasuk aston, alkohol
ternyahasli, petrol/gasolin, kerosin,
penanggal kotoran, (sesetengah
jenama), turpentin, lilin dan penang-
gal lilin.
Item mengandungi getah busa (juga
dikenali sebagai busa lateks) atau
getah dengan tekstur sama, bahan
serupa tidak boleh dikeringkan di dalam
mesin pengering pada tetapan haba.
Bahan getah busa boleh, apabila
dipanaskan, menghasilkan api dengan
pembakaran spontan.
Pelembut fabrik atau produk serupa
tidak boleh digunakan mesin penger-
ing untuk menghapuskan kesan
elektrik statik kecuali amalan ini
disarankan khusus oleh pengeluar
pelembut fabrik atau produk.
Pakaian dalam yang mengandungi
dawai besi tidak boleh diletakkan di
dalam mesin pengering. Kerosakan
kepada mesin pengering boleh terjadi
apabila dawai besi longgar semasa
pengering. Jika ada rak pengering
boleh digunakan untuk item seperti ini.
Artikel plastik seperti kep mandian
atau pembalut lampin bayi kalis air
tidak boleh diletakkan dalam mesin
pengering.
Barang getah yang disokong, pakaian
dilengkapi dengan pad busa getah,
bantal, kasut getah dan kasut sukan
bersalut getah.
MELAYU
45

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents