Bahasa Melayu; Sebelum Penggunaan Pertama; Pembersihan Dan Penyelenggaraan - Philips Diva GC147 User Manual

Hide thumbs Also See for Diva GC147:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
6
Penting
Untuk keselamatan yang optimum, baca dahulu arahan sebelum anda hendak
menggunakan seterika.
- Pengguna tidak boleh tinggalkan alat seterika yang disambung pada punca utama
eletrik tanpa pengawasan.
- Peralatan ini tidak dicadangkan untuk digunakan oleh kanak-kanak atau orang yang
lemah tanpa pengawasan.
- Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan
peralatan.
- Tapak seterika boleh menjadi terlampau panas dan menyebabkan terbakar jika
disentuh.
- Jangan gunakan peralatan jika terdapat kerosakan.
- Selepas selesai menggosok atau apabila anda tinggalkan seterika seketika, tanggalkan
plag di dinding dan letakkan seterika di tapaknya.
- Jika wayar utama rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan
oleh Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.

Sebelum penggunaan pertama

1
Periksa sama ada kadar kiraan voltan di atas plat jenis selaras dengan punca
utama eletrik di rumah anda.
2
Buka apa-apa pelekat atau kertas pelindung dari tapak peralatan dan
bersihkannnya dengan kain yang lembut.
Seterika mungkin akan mengeluarkan asap jika digunakan untuk kali pertama. Sebentar
kemudian ia akan berhenti.
Penyediaan suhu
1
Letakkan seterika di atas tapaknya.
2
Setkan dail suhu kepada suhu seterikaan yang dikehendaki dengan
memutarkannya kepada kedudukan penanda suhu (GB. 1).
- Periksa label pakaian yang dikehendaki oleh suhu seterika.
- 1
Fabrik sintetik (cth. serabut tiruan, viskosa, polyamide, polister)
- 1
Sutera
- 2
Bulu haiwan
- 3
Kapas, linen
- Apabila anda tidak tahu jenis fabrik ia diperbuat daripada, cuba seterikakan di tempat
yang mana ia akan sukar dilihat apabila anda memakainya.
- Sutera, bulu haiwan dan bahan-bahan sintetik: seterikakan di belakang fabrik tersebut
untuk mengelakkan tompokan berkilat.
- Mulakan seterika bahan yang memerlukan suhu yang paling rendah, seperti bahan
yang diperbuat daripada fiber.
3
Letakkan plag utama di soket dinding bersambung bumi.
Seterikaan
1
Setkan dail suhu kepada kedudukan yang disarankan.
Lihat bahagian 'Penyediaan suhu'.
2
Jenis GC141, GC130 dan GC125 sahaja.
Biarkan seterika dipanaskan sehingga dua minit sebelum anda mula menggosok.
Jika anda setkan dail suhu kepada set yang rendah selepas menggosok di suhu yang
tinggi, biarkan seterika sejuk selama lima minit sebelum anda menyambung menggosok.
3
Jenis GC147, GC146, GC137, GC136 dan GC135 sahaja.
Mulakan menggosok apabila lampu kuning panduan suhu yang pertama padam dan
kemudian menyala kembali (GB. 2).
B
Lampu kuning panduan akan menyala daripada masa ke masa semasa menggosok.

Pembersihan dan penyelenggaraan

1
Cabutkan plag utama dari soket dinding dan biarkan seterika sejuk.
2
Lapkan tapak plat dengan kain lembab dan pencuci (cecair) lembut.
Jaga tapak plat supaya licin dan rata: elakkan tersentuh dengan benda-benda logam.
3
Bersihkan bahagian atas peralatan dengan kain lembab.

BAHASA MELAYU

4239 000 47785
6/14

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents