ms
Bahasa Melayu
Untuk keselamatan anda
Aksesori ini direka bentuk untuk pengadun tangan MSM8... .
Ikut Arahan penggunaan untuk pengadun tangan. Aksesori hanya
sesuai untuk kegunaan yang diterangkan dalam arahan ini.
Arahan keselamatan untuk peralatan ini
A Risiko kecederaan daripada bilah tajam/pemacu berputar!
Jangan menggenggam bilah di dalam pemotong universal. Pegang
bilah pemotong universal pada pemegang plastik sahaja. Jangan
membersihkan bilah dengan tangan kosong. Gunakan berus.
A Risiko melecur
Semasa memproses susu panas, gunakan bekas yang tinggi dan
sempit untuk mengadun.
Susu panas boleh terpercik dan melecurkan anda.
A Penting!
Jangan memasang atau menanggalkan aksesori sehingga unit
asas telah berhenti sepenuhnya. Jangan sesekali menggunakan
pengadun tangan/tapak pengadun di dalam pemotong universal.
Pemotong universal tidak sesuai untuk gelombang mikro. Jangan
rendamkan alat tambah pemotong universal di dalam cecair dan
jangan membasuhnya di bawah air yang mengalir atau di dalam
mesin pembasuh pinggan mangkuk. Jangan mensisipkan pemukul
ke dalam unit asas tanpa alat tambah gear. Jangan rendamkan alat
tambah gear di dalam cecair dan jangan membasuhnya di bawah air
yang mengalir atau di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
6