Keselamatan - Philips DVP3800 User Manual

Hide thumbs Also See for DVP3800:
Table of Contents

Advertisement

Keselamatan

Baca dan fahami semua arahan sebelum anda menggunakan pemain DVD ini. Jika kerosakan terjadi
disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan, jaminan tidak dikenakan.
Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
Jangan sekali-kali dedahkan produk dan aksesori kepada hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan
bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan produk. Jika cecair tertumpah pada atau ke dalam
produk, putuskan sambungan dengan alur keluar kuasa dengan serta merta. Hubungi Penjagaan
Pelanggan Philips agar produk diperiksa sebelum digunakan.
Jangan sekali-kali letakkan produk dan aksesori berhampiran nyalaan terbuka atau sumber haba
lain, termasuk cahaya matahari langsung.
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada teater
rumah.
Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding perkakas digunakan sebagai peranti putus
sambungan, peranti putus sambungan tersebut akan tetap sedia beroperasi.
Putuskan sambungan produk daripada alur keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
Apabila anda memutuskan sambungan kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
Sebelum anda menyambung produk kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa voltan kuasa
sepadan dengan nilai yang dicetak di bahagian belakang produk ini. Jangan sekali-kali sambungkan
produk kepada alur keluar kuasa jika voltannya berbeza.
Jangan dedahkan langsung alat kawalan jauh atau bateri kepada hujan, air atau suhu panas
melampau.
Elakkan daripada mengenakan daya yang kuat pada palam kuasa. Palam kuasa yang longgar boleh
menyebabkan pengarkaan atau kebakaran.
Risiko kecederaan atau kerosakan terhadap produk!
Sinaran laser boleh nampak dan tak nampak apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada
pancaran.
Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam petak cakera.
Jangan sekali-kali letakkan produk atau sebarang objek pada kord kuasa atau kelengkapan
elektrik yang lain.
Jika produk diangkut dalam suhu di bawah 5°C, buka bungkusan produk dan tunggu sehingga
suhunya sepadan dengan suhu bilik sebelum menyambungkannya dengan alur keluar kuasa.
Risiko pemanasan melampau!
Jangan pasang produk dalam ruangan terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang sekurang-kurangnya
4 inci di sekeliling produk untuk pengalihudaraan. Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup
slot pengalihudaraan pada produk.
Risiko pencemaran!
Keluarkan bateri jika ia habis atau jika alat kawalan jauh tidak akan digunakan dalam masa yang lama.
Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
Produk/alat kawalan jauh mungkin mengandungi bateri jenis syiling, yang boleh ditelan. Jauhkan
bateri daripada jangkauan kanak-kanak pada setiap masa!
26
MS-MY

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents