Philips hr1858 Manual page 28

Hide thumbs Also See for hr1858:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU
28
Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau apa-apa objek ke dalam tiub suapan.
Selepas anda memproses semua ramuan dan aliran jus berhenti, matikan perkakas dan tunggu
sehingga turas berhenti berputar.
Petua
-
Gunakan buah-buahan dan sayuran segar kerana kandungan jusnya yang lebih banyak. Nanas,
akar manis, batang saderi, epal, timun, lobak merah, bayam, tembikai, tomato, delima, oren dan
anggur sangat sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus.
-
Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kulit tebal, contohnya kulit buah oren,
nanas dan akar manis yang tidak dimasak perlu dikupas.
-
Semasa memerah jus epal, ingat bahawa kepekatan jus epal bergantung pada jenis epal yang
anda gunakan. Epal yang lebih berjus memberikan jus yang lebih cair. Pilih jenis epal yang
menghasilkan jenis jus yang anda suka.
-
Jus epal berubah warna menjadi perang dengan cepat. Anda boleh melambatkan proses ini
dengan menambahkan beberapa titis jus lemon.
-
Buah-buahan yang mengandungi kanji, seperti pisang, betik, avokado, pisang salai dan mangga
tidak sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus. Gunakan pemproses makanan, pengisar atau
pengisar bar untuk memproses buah-buahan ini.
-
Dedaun dan batang dedaun salad, contohnya, juga oleh diproses di dalam pemerah jus.
-
Minum jus serta-merta selepas diperah. Jika ia didedahkan kepada udara untuk beberapa waktu,
jus akan kehilangan rasa dan nilai pemakanannya.
-
Untuk memerah isi padu maksimum jus, tekan penolak ke bawah dengan perlahan-lahan.
-
Pemerah jus tidak sesuai untuk memproses buah-buahan atau sayuran yang sangat keras dan/
atau yang berserat/berkanji seperti tebu.
Pembersihan
,
Perkakas lebih mudah dibersihkan sekiranya anda membersihkannya dengan segera selepas
digunakan.
Jangan gunakan agen pembersih yang melelas, kain penyental, aseton, alkohol, dsb. untuk
,
membersihkan perkakas.
Semua bahagian boleh cerai selamat dibasuh di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk.
,
,
Letakkan bahagian plastik boleh tanggal di atas dulang pembasuh pinggan. Pastikan ia diletak
jauh dari plat pemanas.
1
Matikan perkakas, cabutkan plag dari soket dinding dan tunggu sehingga turas berhenti
berputar.
2
Tanggalkan bahagian yang kotor dari unit motor. Bukakan perkakas mengikut tertib yang
berikut:
-
Keluarkan bekas pulpa;
-
Keluarkan penolak;
-
Bukakan pengapit;
-
Alihkan tudungnya
3
Tanggalkan pengumpul jus bersama-sama turas. (Gamb. 10)
4
Bersihkan bahagian-bahagian ini menggunakan berus pembersih dengan air suam bercampur
sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk, kemudian bilaskannya dengan air mengalir. (Gamb. 11)
5
Bersihkan unit motor dengan kain lembap.
Jangan rendam unit motor di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents