Sony Cyber-shot DSC-W610 Instruction Manual page 84

Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-W610:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Nota-nota mengenai skrin LCD dan lensa
• Skrin LCD dibuat dengan menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi. Oleh
itu, lebih daripada 99.99% piksel boleh berfungsi untuk penggunaan berkesan.
Walau bagaimanapun, beberapa titik hitam kecil dan/atau titik terang (berwarna
putih, merah, biru atau hijau) mungkin dipapar pada skrin LCD. Titik-titik ini
adalah normal dalam proses pembuatan dan tidak menjejas rakaman.
Mengenai suhu kamera
Kamera dan bateri anda mungkin menjadi panas kerana digunakan secara
berterusan, tetapi ini bukan pincang tugas.
Mengenai perlindungan terlebih panas
Bergantung pada kamera dan suhu bateri, anda mungkin tidak dapat merakam
wayang atau kuasa mungkin dimatikan secara automatik untuk melindungi kamera.
Mesej akan dipaparkan pada skrin sebelum kuasa dimatikan atau anda tidak lagi
boleh merakam wayang. Dalam hal ini, biarkan kuasa dimatikan dan tunggu
sehingga suhu kamera dan bateri turun. Jika anda menghidupkan kuasa tanpa
membiarkan kamera dan bateri cukup sejuk, kuasa mungkin dimatikan semula atau
anda mungkin tidak dapat merakam wayang.
Tentang mengecas bateri
Jika anda mengecas bateri yang sudah sekian lama tidak digunakan, anda mungkin
tidak dapat mengecasnya kepada keupayaan yang sebenar.
Ini adalah disebabkan oleh ciri bateri sendiri, dan bukan suatu pincang tugas.
Caskan bateri sekali lagi.
Amaran mengenai hak cipta
Program-program televisyen, filem-filem, pita-pita video, dan bahan-bahan lain
mungkin dihak cipta. Perakaman bahan-bahan tersebut secara tanpa izin mungkin
bertentangan dengan peruntukan undang-undang hak cipta.
Tiada pampasan untuk kandungan rosak atau kegagalan rakaman
Sony tidak boleh membayar pampasan untuk kegagalan rakaman atau kehilangan
atau kerosakan kandungan yang telah dirakam yang disebabkan pincang tugas
kamera atau media rakaman, dll.
Mencuci permukaan kamera
Bersihkan permukaan kamera dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan sedikit
dengan air, kemudian lapkan permukaan dengan sehelai kain kering. Untuk
mengelak kerosakan pada kemasan atau selongsong:
– Jangan dedahkan kamera pada bahan-bahan kimia seperti pencair, benzin, alkohol,
kain pakai buang, penghalau serangga, krim pelindung matahari atau racun
serangga.
Mengunai penggunaan dan penjagaan
Elakkan pengendalian yang kasar, menanggalkan, mengubah suai, kejutan fizikal,
atau hentaman seperti ketukan, terjatuh atau terpijak produk. Berhati-hati
MY
terutamanya dengan lensa.
20

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents