Sony Cyber-shot DSC-TX20 Instruction Manual page 92

Cyber-shot digital still camera
Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-TX20:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Titik-titik bulat putih yang samar-samar mungkin muncul dalam foto denyar
bawah air disebabkan oleh pantulan dari objek yang terapung. Ini bukan
pincang tugas.
• Pilih
(Dalam air) dalam Pemilihan Pemandangan untuk merakam dalam
air dengan herotan yang tidak banyak.
• Jika ada titisan air atau benda asing lain pada kanta, anda tidak akan dapat
merakam imej yang jelas.
• Jangan membuka penutup kanta di tempat pasir berpusar.
Pembersihan selepas menggunakan kamera di dalam/berdekatan
air
• Sentiasa bersihkan kamera dengan air selepas
digunakan di dalam masa 60 minit, dan jangan
membuka penutup bateri/kad ingatan atau
penutup penyambung berbilang sebelum
pembersihan selesai. Pasir atau air mungkin
memasuki bahagian dalam tempat yang tidak
dapat dilihat. Jika tidak dibilas, prestasi kalis
air akan terjejas.
• Biarkan kamera berada dalam air tulen yang dituangkan ke dalam mangkuk
pembersihan selama lebih kurang 5 minit. Kemudian, goncang kamera
perlahan-lahan, tekan setiap butang, gelongsorkan tuas zum atau penutup
kanta di dalam air, untuk membersihkan apa-apa garam, pasir atau benda lain
yang melekat pada butang atau penutup kanta.
• Selepas membilas, lapkan titisan air dengan kain lembut. Biarkan kamera
kering sepenuhnya di lokasi yang teduh dengan pengudaraan yang baik.
Jangan hembus kering dengan pengering rambut kerana ada risiko ubah
bentuk dan/atau prestasi kalis air terjejas.
• Lapkan titisan air atau debu pada penutup bateri/kad ingatan atau penutup
terminal dengan kain lembut yang kering.
• Kamera ini dibina untuk menyalirkan air. Air akan tersalir dari bukaan di
sekeliling butang ON/OFF (Kuasa), tuas zum, dan kawalan lain. Selepas
dikeluarkan dari air, letak kamera pada kain kering sebentar untuk
membolehkan air menyalir.
• Gelembung mungkin muncul apabila kamera berada di dalam air. Ini bukan
pincang tugas.
• Badan kamera mungkin berubah warna jika terkena krim pelindung matahari
atau minyak pemerang kulit. Jika kamera terkena krim pelindung matahari
atau minyak pemerang kulit, segera lapkan supaya bersih.
MY
6

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents