Sony Cyber-shot DSC-TX20 Instruction Manual page 91

Cyber-shot digital still camera
Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-TX20:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Sahkan bahawa gasket pengedap dan
permukaan yang dipasangnya belum
tercalar. Goresan yang kecil pun boleh
menyebabkan air memasuki kamera. Jika
gasket pengedap atau permukaan yang
dipasangnya tercalar, bawa kamera ke kedai
yang sah untuk menggantikan gasket
pengedap dengan bayaran tertentu.
• Jika kotoran atau pasir terkena pada gasket
pengedap atau permukaan yang
dipasangnya, lapkan kawasan itu sehingga
bersih dengan kain lembut yang tidak akan meninggalkan apa-apa serat.
Elakkan gasket pengedap daripada tercalar dengan menyentuhnya ketika
mengecas bateri atau menggunakan kabel.
• Jangan membuka/menutup penutup bateri/kad ingatan, atau penutup
penyambung berbilang dengan tangan yang basah atau berpasir atau
berhampiran air. Terdapat risiko bahawa ini akan menyebabkan pasir atau air
memasuki bahagian dalamnya. Sebelum membuka penutup, lakukan tatacara
yang diperihalkan dalam "Pembersihan selepas menggunakan kamera di
dalam/berdekatan air".
• Buka penutup bateri/kad ingatan dan penutup penyambung berbilang semasa
kamera benar-benar kering.
• Sentiasa pastikan bahawa penutup bateri/kad ingatan dan penutup
penyambung berbilang telah dikunci dengan rapat.
Perhatian tentang menggunakan kamera di dalam/berdekatan air
• Panel sentuh boleh diaktifkan oleh percikan air pada ikon skrin. Apabila
menggunakan kamera di dalam/berdekatan air, adalah disarankan supaya
anda menyembunyikan ikon dengan menyentuh
Sentuh
selama beberapa saat untuk memaparkan ikon semula.
• Panel sentuh tidak boleh dikendalikan di dalam air. Gunakan butang kamera
untuk melaksanakan operasi rakaman.
• Jangan biarkan kamera terkena kejutan seperti melompat ke dalam air.
• Jangan membuka dan menutup penutup bateri/kad ingatan atau penutup
penyambung berbilang semasa berada di dalam/berhampiran air.
• Gunakan selongsong (Pek Marin) yang boleh didapati secara berasingan jika
anda turun lebih daripada 5 meter di dalam air.
• Kamera ini tenggelam dalam air. Masukkan tangan anda ke dalam tali
pergelangan tangan untuk mengelakkan kamera daripada tenggelam.
1 Gasket pengedap
2 Permukaan yang
menyentuh gasket
pengedap
di sebelah kanan skrin.
MY
MY
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents