Sony cyber-shot DSC-TX100 Instruction Manual page 98

Digital still camera cyber-shot
Hide thumbs Also See for cyber-shot DSC-TX100:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Mengenai penggunaan dan penjagaan
Elak daripada mengendalikannya dengan kasar, menyahpasang, mengubah suai,
kejutan fizikal, atau hentakan seperti memalu, menjatuhkannya atau memijak
produk. Berhati-hatilah terutamanya dengan kanta.
Nota-nota mengenai rakaman/main balik
• Sebelum memulakan rakaman, buat percubaan rakaman untuk memastikan
kamera berfungsi dengan betul.
• Kamera ini tidak kalis-habuk, atau kalis-percikan, mahupun kalis-air.
• Elakkan pendedahan kamera kepada air. Jika air memasuki kamera, pincang tugas
mungkin terjadi. Dalam sesetengah kes, kamera tidak boleh dibaiki.
• Jangan menghalakan kamera ke matahari atau cahaya terang yang lain. Ia
mungkin menyebabkan pincang tugas pada kamera anda.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku, lapkannya sebelum menggunakan kamera.
• Jangan menggoncang atau mengetuk kamera. Ia mungkin menyebabkan pincang
tugas dan anda mungkin tidak dapat merakam imej. Selain itu, media rakaman
mungkin tidak dapat digunakan atau data imej mungkin rosak.
Jangan guna/simpan kamera di tempat-tempat berikut
• Di tempat yang amat panas, sejuk atau lembap
Di tempat-tempat seperti dalam kereta yang diletakkan di tengah cuaca terik,
badan kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin menyebabkan pincang
tugas.
• Di bawah pancaran cahaya matahari atau berdekatan pemanas
Badan kamera mungkin berubah warna atau berubah bentuk dan ini mungkin
menyebabkan pincang tugas.
• Di lokasi yang mengalami gegaran yang kuat
• Berhampiran lokasi yang menjana gelombang radio yang kuat, memancarkan
sinaran atau merupakan kawasan magnet yang kuat. Jika tidak, kamera mungkin
tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
• Di tempat-tempat berpasir atau berdebu
Berhati-hati supaya tidak membenarkan pasir atau debu memasuki kamera. Ini
mungkin menyebabkan pincang tugas kamera, dan dalam sesetengah kes, pincang
tugas sedemikian tidak boleh diperbaiki.
Mengenai pembawaan
Jangan duduk atas kerusi atau di tempat lain dengan kamera di kocek belakang
seluar atau skirt anda kerana ini mungkin menyebabkan pincang tugas atau
kerosakan pada kamera.
Lensa Carl Zeiss
Kamera ini dilengkapi dengan lensa Carl Zeiss yang berupaya menghasilkan imej
yang tajam dengan kontras yang sangat baik. Lensa bagi kamera ini telah dihasilkan
di bawah sistem jaminan kualiti yang disahkan oleh Carl Zeiss mengikut piawaian
kualiti Carl Zeiss di negara Jerman.
MY
22

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dsc-tx100vCyber-shot dsc-tx100v

Table of Contents