Makita DUP180 Instruction Manual page 42

Battery powered pruning shears
Hide thumbs Also See for DUP180:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran keselamatan ricih
pemangkas
1.
Jangan gunakan ricih pemangkas ini dalam
keadaan cuaca yang buruk, terutamanya
apabila terdapat risiko kilat. Ini mengurangkan
risiko disambar petir.
Jauhkan semua kord dan kabel kuasa dari
2.
kawasan pemotongan. Kord dan kabel kuasa
mungkin tersembunyi dan boleh terpotong secara
tidak sengaja.
Pegang ricih pemangkas dengan permukaan
3.
mencengkam tertebat sahaja, kerana bilah
boleh tersentuh wayar tersembunyi atau kord
bilah sendiri. Bilah bersentuh wayar "hidup"
mungkin menyebabkan bahagian logam terdedah
ricih pemangkas "hidup" dan boleh memberi
kejutan elektrik kepada pengendali.
4.
Jauhkan semua anggota tubuh badan daripada
bilah. Jangan keluarkan bahan yang dipotong
atau pegang bahan yang hendak dipotong
semasa bilah sedang bergerak.
5.
Semasa membersihkan bahan yang
tersangkut atau melakukan servis pada ricih
pemangkas, pastikan suis kuasa dimatikan
dan pek bateri dikeluarkan atau diputuskan
sambungan. Pergerakan rincih pemangkas
yang tidak dijangkakan semasa mengeluarkan
bahan yang tersekat atau melakukan servis boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
6.
Bawa ricih pemangkas dengan memegang
pemegang dan bilah dihentikan dan berhati-
hati agar tidak mengoperasikan suis kuasa.
Membawa ricih pemangkas dengan betul
akan mengurangkan risiko permulaan yang
tidak disengajakan dan kecederaan diri yang
diakibatkan oleh bilah.
Arahan Keselamatan Tambahan
1.
Gunakan peralatan pelindung diri. Sentiasa
pakai pelindung mata. Peralatan pelindung
seperti topeng debu, kasut keselamatan tidak
tergelincir, topi keselamatan atau pelindung
pendengaran yang digunakan untuk keadaan
yang sesuai akan mengurangkan kecederaan diri.
2.
Alat ini adalah untuk memangkas dahan.
Jangan gunakannya untuk apa-apa pekerjaan
kecuali untuk yang ditujukan.
3.
Jangan sekali-kali benarkan kanak-kanak,
orang kurang keupayaan fizikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan
pengetahuan atau orang yang tidak biasa
dengan arahan ini untuk menggunakan alat
tersebut. Peraturan keselamatan setempat
boleh mengehadkan umur pengendali.
4.
Kanak-kanak harus diselia untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan alat ini.
5.
Jangan sekali-kali kendalikan alat ketika
orang, terutamanya kanak-kanak atau haiwan
peliharaan berdekatan.
Jangan terlebih jangkau dan kekalkan
6.
keseimbangan sepanjang masa. Sentiasa
pastikan pijakan anda pada cerun dan berjalan,
jangan sekali-kali berlari.
7.
Jangan sentuh bahagian berbahaya yang
bergerak sebelum alat diputuskan sambungan
dari sesalur kuasa dan/atau pek bateri
dikeluarkan daripada alat.
8.
Sentiasa memakai kasut yang sepadan dan
seluar panjang semasa mengendalikan alat.
9.
Cabut sambungan bekalan dan/atau
tanggalkan pek bateri daripada alat:
apabila alat itu ditinggalkan oleh pengguna,
sebelum mengeluarkan sumbatan,
sebelum memeriksa, membersihkan atau
menggunakan alat,
selepas terkena objek asing untuk
memeriksa kerosakan pada alat,
jika alat mula bergetar secara tidak normal,
periksa serta-merta.
10. Jangan sekali-kali mengendalikan alat dengan
pengadang atau pelindung yang telah rosak,
atau tanpa peranti keselamatan, atau jika kord
rosak atau haus.
Elakkan menggunakan alat dalam keadaan
11.
cuaca yang buruk terutama apabila terdapat
risiko kilat.
12. Periksa dahan untuk objek asing, seperti
pagar wayar atau wayar tersembunyi sebelum
mengendalikan alat.
13. Pegang alat dengan kukuh apabila
menggunakan alat.
14. Alat ini ditujukan untuk digunakan oleh
pengendali di permukaan tanah. Jangan
gunakan alat di atas tangga atau sokongan
lain yang tidak stabil.
15. Berhati-hati agar tidak menangkap bahan
asing di antara bilah ricih. Jika bilah ricih
tersekat dengan bahan asing, segera matikan alat
dan cabut bateri daripada alat. Keluarkan benda
asing daripada bilah ricih.
16. Jangan sekali-kali memegang dahan yang
anda pangkas dengan tangan anda yang
bebas. Jauhkan tangan anda dari kawasan
pemotongan. Jangan sekali-kali menyentuh bilah
ricih, ia sangat tajam dan anda boleh terpotong
diri sendiri.
17. Jangan paksa alat untuk memotong. Anda
boleh tergelincir dan mencederakan diri sendiri
atau memotong sesuatu yang lain secara tidak
sengaja.
18. Elakkan memotong wayar elektrik yang
mungkin tersembunyi.
19. Kendalikan bilah ricih dengan berhati-hati
untuk mengelakkan luka atau kecederaan
daripada bilah ricih.
20. Apabila tidak digunakan, sentiasa simpan alat
di dalam sarungnya.
21. Apabila kord kuasa dan kabel menjadi panas,
berhenti menggunakan alat dan matikan
alat. Biarkan alat menyejuk sebelum dimulakan
semula.
22. Jangan kendalikan palam kuasa, soket dan
penyambung dengan tangan yang basah.
Tindakan itu boleh menyebabkan kejutan elektrik.
42 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents