Detergen Dan Perapi Tambah - Electrolux EWF 887 Instruction Booklet

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

IM_EWF887_MS.qxd
21-10-2005
Pena mata bola dan gam: lembapkan dengan
aseton(*), bentangkan di atas kain lembut dan
pedapkan tanda kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton seperti di atas,
kemudian bersihkan tanda kotoran itu dengan spirit
bermetil. Hapuskan sisa tanda daripada kain putih
dengan peluntur.
Wain merah: rendam di dalam air dan detergen, bilas
dan bersihkan dengan asid asetik atau sitrik,
kemudian bilas. Bersihkan sisa tanda dengan
peluntur.
Dakwat: bergantung kepada jenis dakwat, lembapkan
kain dengan aseton (*), kemudian dengan asid asetik;
bersihkan sisa tanda pada kain putih dengan peluntur
dan kemudian bilas dengan sebersih-bersihnya.
Tanda tar: bersihkan dengan penghapus tanda
kotoran dahulu, spirit bermetil atau benzin, kemudian
gosokkannya dengan pes detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera buat.
Detergen dan perapi tambahan
Hasil cucian yang baik juga bergantung kepada
pilihan dan penggunaan jumlah detergen yang betul
untuk mengelakkan pembaziran dan melindungi alam
sekitar. Meskipun detergen adalah biorosot, ia
mengandungi bahan yang, dalam jumlah besar,
boleh menjejaskan keseimbangan alam.
Pemilihan detergen akan bergantung kepada jenis
kain (bahan halus, wul, kapas, dsb), warna, suhu
cucian dan takat kotoran.
Semua detergen mesin basuh yang biasa didapati
boleh digunakan pada perkakas ini:
- detergen serbuk bagi semua jenis kain,
- detergen serbuk bagi kain halus (60°C maks) dan
bahan wul,
- detergen cecair, sebaiknya bagi program basuh
suhu rendah (60°C maks) bagi semua jenis kain,
atau khas bagi bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisikan ke
dalam petak yang sesuai di laci dispenser sebelum
memulakan program basuh.
Jika menggunakan detergen serbuk atau cecair
ekat, program tanpa prabasuh mesti dipilih.
Tuangkan detergen cecair ke dalam laci dispenser
bertanda
sejurus sebelum memulakan program.
Mana-mana bahan pelembut kain mesti dituang ke
dalam petak yang bertanda
program basuh.
Patuhi saranan pengeluar produk mengenai jumlah
untuk digunakan dan tidak melebihi tanda «MAX»
pada laci dispenser detergen.
17:08
Pagina 49
sebelum memulakan
Jumlah detergen yang patut digunakan
Jenis dan jumlah detergen bergantung kepada jenis
kain, saiz beban, takat kekotoran dan kesadahan air
yang digunakan.
Kesadahan air diklasifikasikan menurut apa yang
disebut "takat" kesadahan. Maklumat mengenai
kesadahan air di kawasan anda boleh didapati dari
syarikat bekalan air yang berkenaan, atau dari pihak
berkuasa tempatan anda.
Patuhi petunjuk pihak pengeluar mengenai jumlah
yang patut digunakan.
Kurangkan detergen jika:
- beban cucian kecil sahaja,
- pakaian yang kotor sedikit sahaja,
- banyak busa terjadi semasa mesin sedang
membasuh.
49

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents