Penjagaan Untuk Ketuhar Gelombang Mikro Anda - Panasonic NN-SM33NB/W Operating Instructions Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Penjagaan untuk ketuhar gelombang mikro anda

1. Palam ketuhar harus dicabut sebelum
pembersihan.
2. Membersihkan bahagian dalam ketuhar,
materai pintu dan kawasan materai pintu
kerap. Apabila percikan makanan atau
cecair tertumpah terkena dinding ketuhar,
meterai pintu dan kawasan meterai pintu
lap dengan kain lembap. Bahan pencuci
yang lembut boleh digunakan jika ia sangat
kotor. Penggunaan bahan pencuci yang
keras atau kasar adalah tidak digalakkan.
Elakkan membersihkan kawasan panduan
makanan ketuhar gelombang mikro yang
terletak di sebelah kanan dinding rongga.
JANGAN GUNAKAN PENCUCI KETUHAR
KOMERSIAL.
3. Jangan gunakan pembersih keras yang
melelas atau pengikis logam tajam
untuk membersihkan kaca pintu
ketuhar kerana mereka boleh
mencalarkan permukaan, yang
mungkin menyebabkan kaca pecah.
4. Permukaan ketuhar luar perlu dibersihkan
dengan kain lembap. Untuk mengelakkan
kerosakan kepada bahagian-bahagian
yang beroperasi di dalam ketuhar, air
tidak harus dibenarkan untuk meresap ke
dalam bukaan pengudaraan.
5. Jika Panel Kawalan menjadi kotor,
bersihkan dengan kain lembut. Jangan
gunakan bahan cuci yang keras atau
pelelas pada Panel Kawalan. Apabila
membersihkan Panel Kawalan tinggalkan
pintu ketuhar terbuka untuk mengelakkan
ketuhar dari tidak sengaja dihidupkan.
Selepas membersihkannya, tekan Pad
Berhenti/Set semula untuk mengosongkan
tetingkappaparan atau pastikan dial pilih
Masa/berat diset pada kedudukan sifar.
6. Jika stim berkumpul di dalam atau di
sekeliling luar pintu ketuhar, lap dengan
kain lembut. Ini boleh berlaku apabila
ketuhar gelombang mikro beroperasi di
bawah keadaan kelembapan yang
tinggi dan sama sekali tidak
menunjukkan kerosakan unit.
7. Kadangkala perlu keluarkan dulang
kaca untuk dibersihkan. Basuh dulang
di dalam air sabun suam atau dalam
mesin basuh pinggan mangkuk.
8. Cincin gulung dan lantai rongga ketuhar
perlu dibersihkan dengan kerap untuk
mengelakkan bunyi bising yang
berlebihan. Hanya lap permukaan
bahagian bawah ketuhar dengan bahan
pencuci yang lembut dan air panas
kemudian kering dengan kain bersih.
Cincin gulung boleh dibasuh dalam air
sabun lembut. Wap memasak
terkumpul semasa penggunaan
berulang tetapi sama sekali tidak
menjejaskan permukaan atau cincin
gulung bahagian bawah roda. Jangan
keluarkan cincin gulung dari rongga
lantai untuk pembersihan.
9. Pembersih stim tidak boleh digunakan
untuk pembersihan.
10. Ketuhar ini hanya boleh diservis oleh
kakitangan yang berkelayakan. Untuk
penyelenggaraan dan pembaikan
ketuhar hubungi pengedar sah yang
terdekat.
11. Kegagalan untuk mengekalkan ketuhar
dalam keadaan bersih boleh membawa
kepada kemerosotan permukaan yang
boleh menjejaskan hayat perkakas dan
mungkin mengakibatkan situasi yang
berbahaya.
12. Menjaga liang angin bersih pada setiap
masa.
Semak tiada habuk atau bahan lain
yang menghalang mana-mana
daripada liang angin di bahagian atas,
bahagian bawah atau belakang
ketuhar. Jika liang angin tersumbat ini
boleh menyebabkan terlalu panas yang
akan menjejaskan operasi ketuhar dan
mungkin mengakibatkan situasi yang
berbahaya.
29
MS

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Nn-st34nb/w

Table of Contents