Panduan Keselamatan Penting - Panasonic NN-SM33NB/W Operating Instructions Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panduan keselamatan penting

AMARAN
1. Pintu kedap dan kawasan kedap
perlu dibersihkan dengan kain
lembap.
Perkakas hendaklah diperiksa
untuk kerosakan pada pintu kedap
dan kawasan kedap dan jika
kawasan ini rosak perkakas tidak
boleh dikendalikan sehingga ia
telah dibaiki oleh juruteknik servis
yang dilatih oleh pengeluar.
2. Cecair dan makanan lain tidak
boleh dipanaskan di dalam bekas
tertutup kerana ia boleh meletup.
3. APABILA KETUHAR ANDA
MEMERLUKAN PENSERVISAN,
hubungi jurutera Panasonic
tempatan anda (Khidmat
Pelanggan). Ianya adalah
berbahaya untuk sesiapa selain
daripada orang yang mahir untuk
menjalankan sebarang khidmat
atau pembaikan operasi yang
melibatkan penyingkiran
perlindungan yang memberikan
perlindungan terhadap dedahan
kepada tenaga gelombang mikro.
AWAS
1. Jangan cuba mengganggu atau
membuat sebarang pelarasan atau
pembaikpulihan pintu, mengawal
panel rumah, suis kunci salingan
keselamatan atau sebarang
bahagian lain ketuhar. Jangan
keluarkan panel luar dari ketuhar
yang memberikan perlindungan
terhadap pendedahan kepada
tenaga gelombang mikro.
Pembaikan hanya boleh dilakukan
oleh pegawai perkhidmatan yang
bertauliah.
2. Jangan gunakan perkakas ini jika ia
mempunyai KORD atau PALAM
yang rosak, jika ia tidak berfungsi
dengan betul atau jika ia telah rosak
atau terjatuh. Ia adalah berbahaya
untuk seseorang selain daripada
juruteknik servis yang dilatih oleh
pengeluar untuk melaksanakan
perkhidmatan pembaikan.
3. Jika kord bekalan kuasa rosak, ia
mesti digantikan oleh pengilang, ejen
servis atau seseorang yang telah
diluluskan bagi mengelak bahaya.
4. Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk
digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) dengan kekurangan
fizikal, deria atau mental atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan
kecuali ia diawasi atau diberi arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatannya.
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
5. Ketuhar gelombang mikro bertujuan
untuk memanaskan makanan dan
minuman. Pengeringan makanan,
akhbar atau pakaian dan
pemanasan pada pemanasan,
selipar, span, kain lembap dan yang
serupa boleh membawa kepada
risiko kecederaan, nyalaan atau api.
6. Sebelum digunakan, pastikan peralatan/
bekas yang sesuai untuk digunakan
dalam ketuhar gelombang mikro.
7. Ketuhar hanya akan beroperasi
dengan pintu ditutup.
8. Apabila ketuhar tidak digunakan,
jangan simpan sebarang objek
selain daripada aksesori ketuhar di
dalam ketuhar sekiranya ia tidak
sengaja dihidupkan.
2
MS

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Nn-st34nb/w

Table of Contents