Panasonic S-1821PF3H Operating Instructions Manual page 24

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Peringatan Keselamatan
• Cas elektrostatik boleh terkumpul dan
mewujudkan keadaan berbahaya apabila
mengecas dan menyahcas bahan pendingin.
Untuk mengelak kebakaran atau letupan,
lenyapkan elektrik statik semasa pemindahan
dengan membumikan dan mengikat
bekas dan peralatan sebelum mengecas/
menyahcas.
11. Pelabelan
• Peralatan hendaklah dilabelkan menyatakan
yang ia telah dinyahtauliah dan bahan
pendingin telah dikosongkan.
• Label hendaklah bertarikh dan ditandangani.
• Pastikan terdapat label pada peralatan
menyatakan peralatan mengandungi bahan
dingin mudah terbakar.
12. Pemulihan
• Apabila mengeluarkan bahan pendingin
daripada sistem, samada untuk servis atau
menyahtauliah, adalah amalan terbaik yang
disyorkan agar semua bahan pendingin
dikeluarkan dengan selamat.
• Apabila memindahkan bahan pendingin
ke dalam silinder, pastikan hanya silinder
pemulihan bahan pendingin bersesuaian
digunakan.
• Pastikan bilangan silinder yang betul bagi
memegang jumlah cas sistem yang tersedia.
• Semua silinder yang akan digunakan adalah
ditetapkan untuk bahan pendingin dipulihkan
dan dilabelkan untuk bahan pendingin
tersebut (i.e. silinder khas untuk pemulihan
bahan dingin).
• Silinder hendaklah dilengkapi dengan injap
relief tekanan dan injap penutup berkaitan
berada dalam keadaan berfungsi dengan
baik.
• Silinder pemulihan dikosongkan dan, jika
boleh, disejukkan sebelum pemulihan
berlaku.
• Peralatan pemulihan hendaklah dalam
keadaan berfungsi dengan baik berserta satu
set arahan berhubung peralatan yang ada
dan hendaklah sesuai untuk pemulihan bahan
pendingin mudah terbakar.
• Di samping itu, satu set penimbang berat
yang ditentukur hendaklah tersedia dan
berada dalam keadaan berfungsi dengan
baik.
• Hos hendaklah lengkap dengan penyambung
tidak bersambung yang bebas kebocoran
dan berada dalam keadaan berfungsi dengan
baik.
• Sebelum menggunakan mesin pemulihan,
periksa agar ia berada dalam keadaan
berfungsi yang memuaskan, telah
diselenggarakan dengan baik dan mana-
mana komponen elektrik berkaitannya
dikedapkan bagi mencegah pencucuhan jika
berlaku pelepasan bahan pendingin. Hubungi
pembuat jika ragu-ragu.
• Bahan pendingin yang dipulihkan hendaklah
dikembalikan kepada pembekal bahan
pendingin dalam silinder pemulihan yang
betul, dan Nota Pemindahan Sisa berkaitan
hendaklah disediakan.
24
• Jangan campur bahan pendingin dalam unit
pemulihan dan terutamanya bukan di dalam
silinder.
• Jika pemampat atau minyak pemampat perlu
dikeluarkan, pastikan ia telah dipindahkan ke
aras yang boleh diterima untuk memastikan
bahan pendingin mudah terbakar tidak kekal
dalam pelincir.
• Proses pemindahan hendaklah dilaksanakan
sebelum memulangkan pemampat kepada
pembekal.
• Pemanasan elektrik hanya dilakukan kepada
badan pemampat untuk mempercepatkan
proses ini.
• Apabila minyak disalirkan daripada sistem, ia
hendaklah dilaksanakan dengan selamat.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents