Panasonic S-1821PF3H Operating Instructions Manual page 21

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
2-3. Pemeriksaan kewujudan bahan
pendingin
• Kawasan hendaklah diperiksa dengan
pengesan bahan pendingin yang sesuai
sebelum dan semasa kerja bagi memastikan
juruteknik menyedari bahawa udara
berpotensi untuk mudah terbakar.
• Pastikan peralatan pengesan kebocoran
yang sedang digunakan adalah sesuai untuk
digunakan dengan bahan pendingin mudah
terbakar, i.e. tanpa percikan api, dikedap
secukupnya atau secara hakikinya selamat.
• Sekiranya berlaku kebocoran/tumpahan,
serta-merta anginkan kawasan dan berada
melawan angin dan jauhi daripada tumpahan/
pelepasan.
• Sekiranya berlaku kebocoran/tumpahan,
maklumkan mereka yang berada mengikut
angin kebocoran/tumpahan, jauhkan dari
kawasan berbahaya dengan serta-merta
dan jangan benarkan kakitangan yang tidak
berkenaan masuk.
2-4. Kewujudan pemadam api
• Jika apa-apa kerja panas perlu dijalankan
pada peralatan penyejukan atau mana-mana
bahagian berkaitan, peralatan pemadam api
yang bersesuaian hendaklah tersedia.
• Sediakan serbuk kering atau pemadam
api CO
berhampiran dengan kawasan
2
mengecas.
2-5. Tiada sumber pencucuhan
• Tiada sesiapa yang melakukan kerja
berkaitan dengan sistem penyejukan yang
melibatkan kerja mendedahkan mana-mana
paip yang mengandungi bahan pendingin
boleh menggunakan sebarang sumber
pencucuhan dalam apa cara jua yang
boleh menyebabkan risiko kebakaran atau
letupan. Mereka tidak boleh merokok sambil
melakukan kerja berkenaan.
• Semua sumber pencucuhan yang mungkin
termasuk merokok hendaklah dijauhkan dari
tapak pemasangan, pembaikan, pembuangan
dan pelupusan, di mana bahan pendingin
mudah terbakar mungkin boleh dilepaskan ke
ruang persekitaran.
• Sebelum kerja dilakukan, kawasan di
sekeliling peralatan hendaklah dikaji bagi
memastikan tiada risiko berbahaya mudah
terbakar atau pencucuhan.
• Tanda "Dilarang Merokok" hendaklah
dipamerkan.
2-6. Kawasan pengalihan udara
• Pastikan bahawa kawasan terbuka atau
ia telah dialih udara secukupnya sebelum
memintas ke dalam sistem atau melakukan
sebarang kerja panas.
• Satu tahap pengalihan udara hendaklah
diteruskan semasa kerja tersebut dijalankan.
• Pengalihan udara hendaklah menyebarkan
apa-apa bahan pendingin yang dibebaskan
dengan selamat dan sebaiknya
mengeluarkannya ke udara.
2-7. Pemeriksaan ke atas peralatan
penyejukan
• Apabila komponen elektrik ditukar, ia
hendaklah sesuai untuk tujuan dan menepati
spesifi kasi.
• Garis panduan penyelenggaraan dan servis
pembuat hendaklah dipatuhi pada setiap
masa.
• Jika ragu-ragu, hubungi jabatan teknikal
pengilang untuk bantuan.
• Pemeriksaan berikut hendaklah digunakan
dalam pemasangan yang menggunakan
bahan pendingin mudah terbakar.
- Caj sebenar bahan pendingin adalah
berdasarkan saiz bilik di mana bahagian
yang mengandungi bahan pendingin
dipasang.
- Mesin pengalihan udara dan saluran keluar
beroperasi sebaiknya dan tidak terhalang.
- Jika litar penyejukan tidak langsung
digunakan, litar kedua hendaklah diperiksa
bagi kewujudan bahan pendingin.
- Tanda pada peralatan mestilah sentiasa
kelihatan dan boleh dibaca. Tanda
yang tidak boleh dibaca hendaklah
diperbetulkan.
- Paip atau komponen penyejukan yang
dipasang dalam kedudukan di mana ia
tidak mungkin terdedah kepada mana-
mana bahan yang boleh menghakis
komponen yang mengandungi bahan
pendingin, kecuali komponen dibina
dengan bahan yang boleh tahan kakisan
atau dilindungi dengan baik daripada
terkakis.
2-8. Pemeriksaan kepada peranti elektrikal
• Pembaikan dan penyelenggaraan kepada
komponen elektrikal hendaklah termasuk
pemeriksaan keselamatan awal dan prosedur
pemeriksaan komponen.
• Pemeriksaan keselamatan awal hendaklah
termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
- Kapasitor yang dilepaskan: ia hendaklah
dilakukan dengan selamat bagi mengelak
kemungkinan percikan api.
- Tiada komponen dan pendawaian eletrikal
hidup yang terdedah semasa mengecas,
memulih atau membersihkan sistem.
- Terdapat kesinambungan ikatan bumi.
• Garis panduan penyelenggaraan dan servis
pembuat hendaklah dipatuhi pada setiap
masa.
• Jika ragu-ragu, hubungi jabatan teknikal
pembuat untuk bantuan.
• Jika berlaku kesalahan yang boleh
menjejaskan keselamatan, maka tiada
bekalan elektrik akan disambungkan ke litar
sehingga ia ditangani dengan memuaskan.
• Jika kesalahan tidak dapat diperbetulkan
dengan serta-merta tetapi operasi perlu
diteruskan, penyelesaian sementara yang
memadai hendaklah digunakan.
• Pemilik peralatan hendaklah diberitahu atau
dilaporkan agar semua pihak dimaklumkan
selepas itu.
21

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents