■ Pegang pengadun tangan dan jag
dengan kuat.
■ Hidupkan pengadun tangan dengan
menekan butang ON yang diperlukan.
Info: Semasa menghidupkan pengadun
tangan, pegang senget sedikit untuk
mengelakkannya daripada "melekat" ke
bahagian bawah jag pengadun. Pengadun
tangan tetap terpasang selagi butang ON
ditekan.
Info: Untuk mengelakkan bahan daripada
terpercik, jangan tekan butang ON sehingga
tapak pengadun telah terbenam di dalam
ramuan. Sentiasa matikan pengadun tangan
sebelum mengeluarkannya dari makanan
yang diproses.
■ Lepaskan butang ON selepas
pemprosesan.
Selepas menggunakan peralatan
■ Cabut palam sesalur.
■ Tekan butang pelepas dan tanggalkan
tapak pengadun dari unit asas.
Pembersihan
Maklumat penting
Peralatan tidak memerlukan
penyelenggaraan! Pembersihan dengan
teliti dapat melindungi peralatan daripada
kerosakan dan ia akan terus berfungsi.
W Risiko kejutan elektrik
Jangan rendam unit asas dalam cecair
dan jangan membasuhnya dalam mesin
pembasuh pinggan mangkuk. Sebelum
mengendalikan peralatan, tanggalkan palam
sesalur! Jangan gunakan pembersih stim!
Amaran!
Permukaan mungkin rosak. Jangan gunakan
agen pembersih yang melelas.
Info: Jika memproses kubis merah atau
lobak merah misalnya, bahagian plastik
berubah warna dengan saput merah, ini
boleh dihilangkan dengan beberapa titis
minyak masak.
■ Tanggalkan palam sesalur!
■ Lapkan unit asas dengan kain lembap
dan kemudian lap kering.
■ Jag dan tudung pengadun boleh
dibersihkan di dalam mesin pembasuh
pinggan mangkuk.
■ Bersihkan tapak pengadun di dalam
mesin pembasuh pinggan mangkuk
atau dengan berus di bawah air yang
mengalir.
■ Keringkan tapak pengadun dalam
kedudukan tegak (bilah pengadun
menghadap ke atas) supaya apa-apa
air yang terperangkap dapat mengalir
keluar.
Nota: Peralatan dengan kabel pilin:
Jangan sesekali melilit kabel pada peralatan!
Penyelesaian masalah
Rosak
Peralatan mati semasa pengendalian
Langkah pemulihan
Ciri perlindungan beban lampau telah
diaktifkan.
■ Matikan peralatan dan tanggalkan palam
sesalur.
■ Biarkan peralatan untuk sejuk selama
kira-kira 1 jam bagi menyahaktifkan
peranti perlindungan beban lampau.
■ Hidupkan peralatan sekali lagi.
Jika kerosakan tidak dapat dibaiki, sila
hubungi khidmat pelanggan.
Resipi dan tip
Mayonis
1 biji telur (kuning telur dan putih telur)
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar jus lemon dan cuka
200-250 ml minyak
Garam, lada secukup rasa
Ramuan hendaklah berada pada suhu yang
sama!
■ Letakkan ramuan di dalam jag.
■ Letakkan pengadun tangan di bahagian
bawah jag dan hidupkannya (kelajuan
turbo) sehingga campuran teremulsi.
ms
Pembersihan
11