Bahasa Melayu - Philips HD2630 Manual

Hide thumbs Also See for HD2630:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BaHasa MElayu

16
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome, di mana anda akan
dapat melihat soalan lazim, petua dan banyak lagi.
perihalan umum (gamb. 1)
a
Rak pemanas
B
Tuil pemanas rak
C
Bekas serdak
D
Butang pemanas
E
Butang nyahfros
F
Butang pemanasan semula
g
Alat kawalan pemerangan
H
Butang STOP
i
Tuil pembakar
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk rujukan masa
depan.
Bahaya
-
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas ke dalam air.
-
Jangan masukkan makanan yang terlalu besar dan bungkusan kerajang logam ke dalam pembakar, kerana ini
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
amaran:
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan setempat sebelum
anda menyambungkan perkakas.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari
segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan
mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
-
Jangan kendalikan perkakas di bawah atau berhampiran dengan langsir atau lain-lain bahan mudah terbakar
atau di bawah kabinet dinding, kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
-
Jangan letak apa-apa di atas pembakar apabila pembakar dihidupkan atau semasa ia masih panas, kerana ini
boleh menyebabkan kerosakan atau kebakaran.
-
Untuk mengelakkan risiko kebakaran, kosongkan bekas serdak dengan kerap. Pastikan bekas serdak diletakkan
dengan betul.
-
Cabut plag pembakar dengan segera sekiranya api atau asap dikesan.
-
Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
-
Jangan sambungkan perkakas ini dengan suis pemasa luaran untuk mengelakkan situasi yang berbahaya.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Peralatan ini hanya dimaksudkan untuk membakar roti. Jangan letakkan apa-apa ramuan lain ke dalam
perkakas, kerana ini boleh menimbulkan situasi berbahaya.
awas
-
Jangan biarkan kord sesalur utama tergantung dari tepi meja atau permukaan ruang kerja tempat perkakas
itu diletakkan.
-
Elakkan daripada menyentuh bahagian logam pembakar, kerana ia menjadi sengat panas semasa membakar.
Hanya sentuh alat kawalannya.
-
Jangan letak pembakar di atas permukaan panas.
-
Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents