Download Print this page

Bahasa Melayu - Panasonic RP-SMGT64GAK Operating Instructions Manual

Microsdxc uhs-i card
Hide thumbs Also See for RP-SMGT64GAK:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN
Jauhi daripada kanak-kanak
Bahaya sekiranya tertelan.
Jika tertelan, dapatkan nasihat perubatan dengan segera.
Jangan ceraikan atau ubah suai
Jika melakukannya mungkin mengakibatkan kebakaran atau
terkena kejutan elektrik, atau merosakkan peralatan yang
digunakan.
Hentikan penggunaan apabila berlaku kerosakan
(Setiap kali terdapat asap, bau aneh, bunyi luar biasa
dikesan, apabila cecair atau objek asing berjaya masuk ke
dalam; atau selepas jatuh atau rosak)
Jika terus digunakan dalam keadaan sedemikian, ia mungkin
mengakibatkan kebakaran.
Antara Muka UHS-I
Kad ini menyokong UHS-I, standard baharu untuk antara muka
bas laju tinggi standard SD. Kad ini hanya akan beroperasi dalam
mod UHS-I apabila digunakan dalam peranti patuh UHS-I. Di
dalam peranti tidak patuh, kad akan beroperasi dalam mod
antara muka SD konvensional.
BACA INI TERLEBIH DAHULU
Anda mungkin diminta memformatkan kad apabila ia digunakan
dengan peralatan yang tidak serasi dengan kad memori SDXC
(seperti PC). Jika ini dilakukan, ia akan mengakibatkan
kehilangan data, oleh itu pastikan rancangan ini dibatalkan.
Mengenai kad memori microSDXC ini
Kad memori microSDXC ini hanya boleh digunakan dengan
peralatan serasi SDXC. Sebelum menggunakan kad ini, pastikan
yang peralatan anda serasi dengan kad memori SDXC.
12

BAHASA MELAYU

Cara memeriksa peralatan serasi SDXC
Semak kehadiran logo microSDXC tersebut, atau rujuk kepada
arahan operasi peralatan atau maklumat yang dibekalkan oleh
pengilang.
≥ Ambil perhatian bahawa perkara ini mungkin mengakibatkan
masalah dengan keserasian kad atau data mungkin hilang
apabila ia digunakan pada peralatan yang tidak serasi dengan
kad memori SDXC.
Apabila kad memori microSDXC dimasukkan ke
dalam peralatan yang tidak serasi dengan kad
memori SDXC
≥ Mesej yang menyatakan bahawa "Kad ini tidak berfungsi", "Kad
ini tidak boleh digunakan" dan sebagainya, mungkin
dipaparkan.
≥ Mesej yang menyatakan "Kad ini perlu diformatkan" dan
sebagainya, atau skrin format mungkin dipaparkan.
> Kad ini akan mengakibatkan masalah dengan keserasian
jika ia diformatkan, oleh itu jangan diformatkan.
≥ Kuasanya mungkin tidak dihidupkan.
Untuk menggunakan kad ini pada peranti yang
menyokong kad memori SDXC
Kad microSDXC boleh digunakan pada peranti yang
mempunyai slot kad memori SD dengan
memasukkannya ke dalam microSD - penyesuai SD
yang dikhususkan. (Semasa memasang kad, sahkan
orientasinya dan masukkan kad ke dalam penyesuai
sejauh yang boleh. Semasa mengeluarkan kad, tarik
keluar mengikut arah bertentangan.)

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Rp-smgt128ak