Download Print this page

Omron HEM-7155T Instruction Manual page 75

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Klasifikasi IP adalah tahap perlindungan yang diberikan oleh lampiran disesuai dengan IEC 60529. Pemantau dan Penyesuai AC pilihan dilindungi daripada
benda asing padat berdiameter 12.5 mm dan lebih besar seperti jari. Penyesuai AC pilihan (kecuali untuk HHP-OH01) dilindungi daripada titisan air yang jatuh
secara menegak yang boleh mengakibatkan masalah semasa operasi biasa. Penyesuai AC pilihan HHP-OH01 dilindungi daripada titisan air yang jatuh secara
condong yang boleh mengakibatkan masalah semasa operasi biasa.
Mengenai interferens komunikasi tanpa wayar
Produk ini beroperai dalam jalur ISM tanpa lesen pada 2.4 GHz. Sekiranya Produk ini digunakan berdekatan peranti tanpa wayar lain seperti gelombang mikro
dan LAN tanpa wayar, yang beroperasi dalam jalur frekuensi sama seperti Produk ini, terdapat kemungkinan bahawa interferens boleh berlaku. Jika interferens
berlaku, hentikan operasi peranti lain atau alihkan Produk ini jauh daripada peranti tanpa wayar lain sebelum cuba menggunakannyta.
6. Pembuangan Produk dengan Betul (Sisa Buangan Peralatan Elektrik & Elektronik)
Tanda ini yang ditunjukkan pada produk atau risalahnya menandakan ia tidak sepatutnya dibuang bersama sisa buangan rumah lain pada
akhir hayatnya. Untuk mencegah bahaya kepada alam sekitar atau kesihatan manusia daripada pembuangan sisa buangan yang tidak
terkawal, sila asingkan produk ini daripada sisa buangan lain dan kitar semula dengan bertanggungjawab untuk menggalakkan
penggunaan semula yang mampan bagi sumber bahan.
Pengguna rumah perlu menghubungi peruncit di mana mereka membeli produk ini atau pejabat kerajaan tempatan untuk maklumat
mengenai di mana dan bagaimana mereka boleh menghantar alat ini untuk dikitar semula dengan selamat.
Pengguna perniagaan perlu menghubungi pembekal mereka dan memeriksa terma dan syarat kontrak pembelian. Produk ini tidak
sepatutnya dicampur dengan sisa buangan komersial untuk pembuangan.
7. Maklumat Penting Tentang Keserasian Elektromagnet (EMC)
HEM-7155T yang dikilang oleh OMRON HEALTHCARE Co., Ltd. mematuhi standard IEC 60601-1-2:2014 / EN 60601-1-2:2015 Keserasian Elektromagnet (EMC).
Dokumentasi lanjut berlandaskan standard EMC ini boleh didapati di:
Asia Pasifik: https://www.omronhealthcare-ap.com/emc-information
Taiwan: https://www.omronhealthcare.com.tw/EMC
Korea: https://www.omron-healthcare.co.kr/product/HEM-7155T
Rujuk pada maklumat EMC untuk HEM-7155T di laman web ini.
8. Panduan dan Pengisytiharan Pengilang
• Pemantau tekanan darah ini direka menurut Standard Eropah EN 1060, Sfigmomanometer tidak invasif Bahagian 1: Keperluan Am dan Bahagian 3: Keperluan
tambahan untuk sistem pengukuran tekanan darah elektromekanikal.
• Dengan ini, OMRON HEALTHCARE Co., Ltd., mengisytiharkan bahawa peralatan radio jenis HEM-7155T mematuhi Arahan 2014/53/EU.
• Teks lengkap pengisytiharan keakuran EU boleh didapati di alamat internet yang berikuthe: https://www.omronhealthcare-ap.com/ap/support
• Produk OMRON ini dikeluarkan di bawah sistem kualiti OMRON HEALTHCARE Co., Ltd., Japan, yang ketat. Komponen Teras pemantau tekanan darah OMRON
ini, iaitu Sensor Tekanan, dikeluarkan di Jepun.
• Sila laporkan kepada pengilang dan pihak berkuasa berwibawa Negara Ahli tempat anda menetap tentang apa-apa kejadian serius yang telah berlaku
berhubung peranti ini.
MS
74

Advertisement

loading