Makita DBO480 Instruction Manual page 42

Cordless finishing sander
Hide thumbs Also See for DBO480:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTIS:
Penutup atau gelang O mungkin
terkeluar dari tapak pemasiran semasa
menggantikan pad. Pastikan gelang O dipasang
semula dalam lubang bulat atau alur bulat
di sekitar bahagian tengah tapak sebelum
memasangkan pad pilihan.
DBO480, DBO481
► Rajah16: 1. Penutup 2. Tapak pemasiran 3. Lubang
bulat
DBO482
► Rajah17: 1. Gelang O 2. Tapak pemasiran 3. Alur
bulat
1.
Tanggalkan dan keluarkan empat skru yang
mengetatkan pad pada tapak pemasiran.
► Rajah18: 1. Skru 2. Pad 3. Tapak pemasiran
2.
Gantikan pad yang dilengkapi secara standard
dengan pad segi tiga/segi empat sama.
3.
Ketatkan semula skru dengan kuat untuk
mengukuhkan pad segi tiga/segi empat tepat.
Pad segi tiga
► Rajah19: 1. Skru 2. Pad segi tiga 3. Tapak
pemasiran
Anda boleh memasang kertas lelas pada sisi pad
seperti yang digambarkan.
► Rajah20: 1. Kertas lelas 2. Pad
Pad segi empat tepat
► Rajah21: 1. Skru 2. Pad segi empat tepat 3. Tapak
pemasiran
4.
Keluarkan semua kotoran dan bahan asing
daripada pad segi tiga/segi empat tepat.
5.
Pasangkan sehelai kertas lelas sangkut dan
gelung pilihan pada pad segi tiga/segi empat tepat, dan
jajarkan lubang penyedut habuk dalam kertas dengan
lubang dalam pad.
Pad segi tiga
► Rajah22: 1. Kertas lelas 2. Pad segi tiga 3. Lubang
penyedut habuk
Pad segi empat tepat
► Rajah23: 1. Kertas lelas 2. Pad segi empat tepat
3. Lubang penyedut habuk
6.
Untuk mengeluarkan kertas pelelas,
tanggalkannya dari tepi.
Memasang dan menanggalkan beg
habuk
Aksesori pilihan
Pasangkan beg habuk pada corot habuk tirus pada
bahagian hujung belakang perumah motor. Letakkan
salur masuk habuk beg pada corot habuk setakat ia
boleh dimasukkan untuk menghalangnya daripada
terkeluar semasa operasi.
► Rajah24: 1. Corot habuk 2. Salur masuk habuk
3. Beg habuk
NOTIS:
Jangan pegang beg habuk semasa
membawa alat. Jika tidak, alat atau mesin boleh
terjatuh dan rosak.
NOTA: Untuk memastikan pengumpulan habuk yang
optimum, kosongkan beg habuk apabila ia menjadi
penuh sehingga lebih kurang separuh kapasitinya.
Keluarkan beg habuk dari alat dan alih keluar
muncung habuk itu. Kemudian, goncang atau ketuk
beg habuk dengan perlahan untuk mengosongkan
beg.
► Rajah25: 1. Muncung habuk
Memasang dan menanggalkan
kotak habuk
Aksesori pilihan
Pasangkan kotak habuk pada corot habuk tirus pada
bahagian hujung belakang perumah motor. Letakkan
salur masuk habuk pada corot habuk setakat ia boleh
dimasukkan untuk menghalangnya daripada terkeluar
semasa operasi.
► Rajah26: 1. Corot habuk 2. Salur masuk habuk
3. Muncung habuk 4. Kotak habuk
NOTIS:
Jangan pegang kotak habuk semasa
membawa alat. Jika tidak, alat atau mesin boleh
terjatuh dan rosak.
NOTA: Untuk memastikan pengumpulan habuk yang
optimum, kosongkan kotak habuk apabila ia menjadi
penuh sehingga lebih kurang separuh kapasitinya.
1.
Tanggalkan kotak habuk dari alat.
2.
Tanggalkan muncung habuk dari kotak sambil
menekan dan menahan selak pengunci pada
kedua-dua sisi kotak.
3.
Goncang atau ketuk kotak habuk dengan
perlahan untuk mengosongkan kotak.
Menggantikan penapis kertas
NOTIS:
Pastikan untuk menjajarkan logo pada
semua kotak habuk, penapis kertas dan muncung
habuk, mengikut orientasi yang konsisten apabila
memasang semula komponen.
1.
Tanggalkan kotak habuk dari alat.
2.
Tanggalkan muncung habuk dari kotak sambil
menekan dan menahan selak pengunci pada kedua-
dua sisi kotak.
► Rajah27: 1. Muncung habuk 2. Kotak habuk
3. Selak pengunci
3.
Tahan sisi atas bahagian dalam bukaan kadbod
dan tariknya ke bawah untuk menanggalkan sisi atas
bahagian luar bukaan kadbod dari tab sangkut atas
pada bibir kotak habuk.
4.
Keluarkan penapis kertas dari kotak habuk sambil
menarik sisi bawah bahagian luar kadbod dari tab
sangkut bawah.
► Rajah28: 1. Penapis kertas 2. Bukaan kadbod
3. Tab sangkut atas 4. Tab sangkut bawah
5. Kotak habuk
42 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dbo481Dbo482

Table of Contents