Briggs & Stratton 400000 Operator's Manual page 44

Hide thumbs Also See for 400000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menservis Sistem Ekzos
AMARAN 
Semasa operasi, enjin dan peredam bunyi menjadi panas. Jika anda menyentuh
enjin panas, lecuran terma boleh berlaku.
Bahan mudah terbakar, seperti daun, rumput dan belukar, boleh terbakar.
Sebelum anda menyentuh enjin atau peredam bunyi, hentikan enjin dan tunggu
dua (2) minit. Pastikan enjin dan peredam bunyi selamat untuk disentuh.
Buang serpihan daripada peredam bunyi dan enjin.
Penggunaan atau pengendalian enjin di atas mana-mana tanah yang diliputi hutan,
diliputi belukar atau diliputi rumput merupakan satu pelanggaran California Public
Resource Code, Seksyen 4442, melainkan jika sistem ekzos dilengkapi dengan
penangkap percikan api yang diselenggarakan supaya berfungsi dengan berkesan,
seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 4442. Negeri atau bidang kuasa persekutuan
lain mungkin mempunyai undang-undang yang serupa; rujukan Peraturan Persekutuan
36 CFR Bahagian 261.52. Hubungi pengeluar peralatan asal, peruncit, atau peniaga
bagi mendapatkan perangkap percikan yang direka untuk sistem ekzos yang dipasang
pada enjin ini.
Bersihkan serpihan yang terkumpul dari kawasan peredam bunyi dan kawasan
silinder. Periksa peredam bunyi untuk mengesan retakan, kakisan, atau kerosakan
lain. Tanggalkan pemesong atau penangkap percikan api, jika dilengkapi, dan periksa
sebarang kerosakan atau karbon tersumbat. Jika kerosakan dijumpai, pasang barang
pengganti sebelum anda mengendalikan peralatan.
AMARAN 
Bahagian gantian mesti sama dan dipasang dalam posisi sama seperti mana bahagian
asal. Bahagian lain boleh menyebabkan kerosakan atau kecederaan.
Menukar Minyak Enjin
AMARAN 
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Semasa operasi, enjin dan peredam bunyi menjadi panas. Jika anda menyentuh
enjin panas, lecuran terma boleh berlaku.
Jika anda menyalirkan minyak dari tiub pengisi minyak atas, tangki bahan api
mesti kosong. Jika tangki tidak kosong, kebocoran bahan api boleh berlaku dan
menyebabkan kebakaran atau letupan.
Sebelum anda menyentuh enjin atau peredam bunyi, hentikan enjin dan tunggu
dua (2) minit. Pastikan enjin dan peredam bunyi selamat untuk disentuh.
Minyak terpakai ialah produk sisa berbahaya dan mesti dibuang dengan betul. Jangan
buang bersama dengan sisa buangan isi rumah. Hubungi pihak berkuasa tempatan,
pusat servis, atau wakil pengedar anda untuk kemudahan pelupusan atau kitar semula
yang selamat.
Keluarkan Minyak
1.
Dengan enjin dimatikan (OFF) tetapi panas, putuskan sambungan wayar palam
pencucuh (D, Rajah 10), dan jauhkannya daripada palam pencucuh (E).
2.
Tarik keluar batang celup (A, Rajah 11).
Palam Salir Minyak, jika dipasang
1.
Tanggalkan palam salir minyak (F, Rajah 12). Salirkan minyak ke dalam bekas
yang diluluskan.
NOTA: Palam salir minyak (G, Rajah 12) boleh dipasang di dalam enjin.
2.
Selepas minyak selesai disalir keluar, pasang dan ketatkan palam salir minyak (F,
Rajah 12).
Saliran Minyak Pantas, jika dipasang
1.
Putuskan sambungan hos saliran minyak pantas (H, Rajah 13) dari tepi enjin.
2.
Pusing dan tanggalkan tudung saliran minyak (I, Rajah 13). Turunkan saliran
minyak pantas (H) dengan berhati-hati ke dalam bekas yang diluluskan (J).
3.
Selepas minyak disalirkan, pasang tudung saliran minyak pantas (I, Rajah 13).
Pasang hos saliran minyak pantas (H) ke tepi enjin.
Tambah Minyak
Pastikan kedudukan enjin sama paras.
Bersihkan kawasan isian minyak daripada semua serpihan.
Rujuk bahagian Spesifikasi untuk kapasiti minyak.
1.
Tarik keluar batang celup (A, Rajah 14). Keluarkan minyak daripada batang celup
dengan kain bersih.
44
2.
Tambah minyak perlahan-lahan ke dalam pengisi minyak enjin (C, Rajah 14).
Jangan masukkan terlalu banyak minyak ke dalam isian minyak enjin.  
Tunggu satu minit dan kemudian periksa paras minyak.
NOTA:  Jangan tambah minyak di saliran minyak pantas, jika dilengkapi.
3.
Pasang dan ketatkan batang celup (A, Rajah 14).
4.
Tarik keluar batang celup dan periksa aras minyak. Paras minyak yang betul adalah
di atas penunjuk penuh (B, Rajah 14) pada batang celup.
5.
Pasang dan ketatkan batang celup (A, Rajah 14).
6.
Sambungkan wayar palam pencucuh kepada palam pencucuh. Lihat bahagian
Keluarkan Minyak.
Tukar Penapis Minyak
1.
Salirkan minyak daripada enjin. Rujuk bahagian Keluarkan Minyak.
2.
Tanggalkan penapis minyak (H, Rajah 15) dan buang dengan betul.
3.
Sebelum anda memasang penapis minyak baharu, lincirkan sedikit gasket penapis
minyak dengan minyak yang bersih.
4.
Pasang penapis minyak dengan tangan sehingga gasket bersentuh
dengan penyesuai penapis minyak, kemudian ketatkan penapis minyak sebanyak
1/2 hingga 3/4 pusingan.
Tambah minyak. Rujuk bahagian Tambah Minyak.
5.
6.
Mulakan dan kendalikan enjin. Apabila enjin panas, periksa sama ada kebocoran
minyak.
7.
Hentikan enjin. Pastikan aras minyak berada di atas penunjuk penuh pada batang
celup. Rujuk bahagian Tambah Minyak.
Menservis Penapis Udara
AMARAN 
Wap bahan api adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran atau
letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Jangan mulakan dan kendalikan enjin dengan pemasangan pembersih udara
(jika dilengkapi) atau penapis udara (jika dilengkapi) ditanggalkan.
NOTIS 
Jangan gunakan udara bertekanan atau pelarut untuk membersihkan penapis.
Udara bertekanan boleh menyebabkan kerosakan kepada penapis dan pelarut akan
melarutkan penapis.
Lihat Jadual Penyelenggaraan untuk keperluan servis.
Model berbeza akan menggunakan penapis busa atau kertas. Sesetengah model
mungkin juga mempunyai prapembersih opsyenal yang boleh dicuci dan digunakan
semula. Bandingkan ilustrasi dalam manual ini dengan jenis yang dipasang pada enjin
anda dan servis seperti berikut.
Penapis Udara Kertas (dengan prapembersih)
1.
Longgarkan pengikat (A, Rajah 16).
2.
Tanggalkan penutup penapis udara (B, Rajah 16).
3.
Tanggalkan penapis (C, Rajah 16) dan prapembersih (D), jika dipasang.
4.
Untuk melonggarkan bahan yang tidak diingini, ketuk penapis dengan perlahan
pada permukaan yang keras. Jika penapis kotor, gantikannya dengan penapis
baharu.
5.
Basuh prapembersih (D, Rajah 16), jika dipasang, di dalam detergen cecair
dan air. Biarkan prapembersih kering sepenuhnya di udara. JANGAN lincirkan
prapembersih.
6.
Pasang prapembersih yang kering (D, Rajah 16), jika dipasang, dan penapis (C) ke
tapak penapis udara (E).
7.
Pasang penutup penapis udara (B, Rajah 16) dan lekatkan dengan pengikat (A).
Pastikan pengikat benar-benar ketat.
Pemasangan Penapis Udara (Kartrij dengan prapembersih)
1.
Longgarkan pengikat (A, Rajah 17, 18).
2.
Tanggalkan penutup penapis udara (B, Rajah 17, 18).
3.
Untuk menanggalkan penapis udara (C, Rajah 17, 18), angkat hujung penapis.
4.
Untuk melonggarkan bahan yang tidak diingini, ketuk penapis dengan perlahan
pada permukaan yang keras. Jika penapis kotor, gantikannya dengan penapis
baharu.
5.
Tanggalkan prapembersih (D, Rajah 17, 18) daripada penapis (C).
6.
Basuh prapembersih (D, Rajah 17, 18) di dalam cecair pencuci dan air. Biarkan
prapembersih kering sepenuhnya di udara. JANGAN lincirkan prapembersih.
7.
Pasang prapembersih yang kering (D, Rajah 17, 18), jika dipasang, ke penapis.
8.
Pasang penapis (C, Rajah 17, 18) dan prapembersih (D), jika dipasang, ke tapak
penapis (E), dan tolak ke bawah sehingga anda mendengar bunyi klik.
BRIGGSandSTRATTON.COM

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

440000490000

Table of Contents