Bahasa Melayu - Philips PT866 Manual

Hide thumbs Also See for PT866:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa MElayu

34
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Sila baca manual pengguna ini, kerana ia mengandungi maklumat mengenai
ciri hebat pencukur ini serta beberapa petua untuk mencukur dengan lebih
mudah dan lebih menyeronokkan.
Perihalan umum (gamb. 1)
A Tukup pelindung
B Unit pencukur
C Butang pelepas unit pencukur
D Butang hidup/mati pencukur
E
Lampu pengecasan
F
Perapi (PT866/PT860 sahaja)
G Gelangsar pelepasan perapi (PT866/PT860 sahaja)
H Plag Penyesuai
I
Dirian pengecasan (PT866/PT736)
J
Pau (PT866)
K Berus pembersih
Nota: Anda boleh dapatkan jenis nombor di bahagian belakang pencukur.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
amaran
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
-
Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip,
pastikan plagnya telah ditanggalkan.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Pt860Pt736Pt735Pt730Pt725Pt720

Table of Contents