Pembersihan Dan Servis; Penyelesaian Masalah; Contoh Penggunaan - Bosch MUM4 GB Series Instruction Manual

Universal kitchen machine
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms

Pembersihan dan servis

Tip: Adalah disyorkan supaya pengadun
dicuci serta-merta selepas digunakan.
Pembersihan dan servis
Perhatian!
Jangan GUNAKAN agen pembersih yang
melelas. Permukaan mungkin rosak.
Membersihkan unit asas
W Risiko kejutan elektrik!
Jangan sekali-kali merendam unit asas ke
dalam air atau meletakkannya di bawah air
yang mengalir.
■ Cabut palam sesalur.
■ Lapkan unit asas dengan kain lembap.
■ Jika perlu, gunakan sedikit detergen.
■ Kemudian keringkan unit asas.
Membersihkan mangkuk dan
aksesori
Semua bahagian adalah selamat dibasuh
dengan pembasuh pinggan mangkuk.
Jangan menyendal bahagian plastik dalam
pembasuh pinggan mangkuk kerana ia
boleh meleding.
Membersihkan pengadun
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menyentuh bilah pengadun
dengan tangan terdedah. Pengadun boleh
ditanggalkan untuk pembersihan.
Amaran!
Jangan GUNAKAN agen pembersih yang
melelas.
Sisipan bilah tidak selamat untuk pembasuh
pinggan mangkuk. Bersihkan sisipan bilah
hanya di bawah air yang mengalir.
Tip: Selepas memproses cecair, ia adalah
mencukupi untuk membersihkan pengadun
tanpa menanggalkannya. Tuang sedikit
air dan cecair pencuci ke dalam pengadun
yang terpasang. Hidupkan pengadun
selama beberapa saat (sekiranya peralatan
mempunyai ciri pengendalian aksi-pantas,
pilih tetapan M). Tuangkan air keluar dan
bilas pengadun dengan air bersih.
18
Menanggalkan pengadun
Rajah F:
■ Putar asas jag pengadun ke arah jam
dan tanggalkannya.
■ Pegang sisi, putar sisipan bilah dalam
arah lawan jam.
Sisipan bilah dilepaskan.
■ Keluarkan bilah sisipan dan tanggalkan
gelang sendal.
Memasang balik pengadun
Rajah G:
W Risiko kecederaan
Jangan sekali-kali pasang pengadun pada
unit asas.
■ Pasang gelang sendal pada sisipan
bilah.
■ Masukkan sisipan bilah dari bawah ke
dalam jag pengadun.
■ Ketatkan sisipan bilah dengan bantuan
asas jag pengadun.
■ Ketatkan asas jag pengadun dalam arah
lawan jam.

Penyelesaian masalah

Jika peralatan pincang tugas, sila hubungi
perkhidmatan pelanggan kami.

Contoh penggunaan

Krim putar
– 100 g-600 g
■ Pukul krim dengan pemukul
selama 1½ hingga 4 minit pada
tetapan 4 (bergantung pada kuantiti dan
sifat krim).
Putih telur
– 1 hingga 8 putih telur
■ Pukul putih telur dengan
pemukul selama 4 hingga 6
minit pada tetapan 4.
Campuran span
Resipi asas
– 2 biji telur
– 2-3 sudu besar air panas
– 100 g gula
– 1 paket gula vanila
– 70 g tepung
– 70 g tepung jagung (sekiranya perlu)

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mump1 gb series

Table of Contents