Pengendalian; Penjagaan Dan Pembersihan Harian - Bosch MSM14...GB Instruction Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms

Pengendalian

Pengendalian
W Risiko lecur!
Berhati-hati semasa menyediakan bahan 
adunan panas. Bahan adunan panas 
boleh terpercik keluar semasa penyediaan. 
Biarkan bahan adunan yang dimasak sejuk 
pada suhu 80°C atau lebih rendah sebelum 
menyediakannya.
W Risiko kecederaan!
Selepas mematikan perkakas, tunggu 
sehingga pisau tapak pengadun berhenti 
sepenuhnya.
Jangan sesekali menyentuh bilah tapak 
pengadun. 
Perhatian!
  ■ Tapak pengadun mesti disambungkan 
dengan unit asas sepenuhnya. Tapak 
pengadun tidak boleh bergoyang atau 
jatuh.
  ■ Adalah disyorkan, supaya tidak 
membiarkan perkakas hidup lebih 
lama daripada yang diperlukan untuk 
penyediaan bahan campuran.
  ■ Bahan makanan keras seperti epal, 
kentang atau daging mesti dipotong 
kecil dan dimasak supaya lembut 
sebelum penyediaan. Gunakan 
pemotong kecil universal untuk 
memotong kecil/mencincang bahan 
makanan mentah (bawang, bawang 
putih, herba, ...).
X  Rajah B
1. Sediakan bahan makanan yang diingini. 
Potong kecil bahan yang bersaiz besar 
terlebih dahulu.
2. Masukkan bahan makanan ke dalam 
bekas yang tinggi dan stabil atau 
masukkan ke dalam periuk.
3. Buka gulungan kord kuasa sepenuhnya.
4. Pegang tapak pengadun, letakkan unit 
asas di atas tapak pengadun dan pusing 
mengikut arah pusingan jam sehingga 
keduanya bersambung sepenuhnya.
5. Pasangkan plag.
6. Pegang perkakas dengan satu tangan 
dan rendamkan tapak pengadun. 
Pegang bekas menggunakan tangan 
yang lain.
12
7. Tekan butang menghidupkan. Peralatan 
akan hidup selagi butang menghidupkan 
ditekan.
8. Setelah bahan campuran menjadi 
konsistensi yang dikehendaki, lepaskan 
butang menghidupkan.
9. Tanggalkan plag.
Tip:
  ■ Bagi mengelakkan terpercik, rendamkan 
bilah tapak pengadun sepenuhnya ke 
dalam bahan campuran.
  ■ Bagi bahan makanan yang cair, rendam 
tapak pengadun dan pegang sedikit 
condong, bagi mencapai campuran 
yang sekata dan untuk mengelakkan 
mendapan pada lantai bekas.
Penjagaan dan pembersihan
harian
Peralatan mestilah dibersihkan dengan teliti 
selepas setiap penggunaan. 
W Amaran
Risiko kejutan elektrik!
  ■ Cabut kord kuasa daripada soket 
sebelum mencuci.
  ■ Jangan sesekali merendam unit asas 
ke dalam cecair dan jangan mencuci di 
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Perhatian!
  ■ Jangan gunakan alkohol atau agen 
pembersih yang mengandungi spirit 
yang melelas.
  ■ Jangan menggunakan objek tajam, 
berbucu atau metal.
  ■ Jangan gunakan kain atau agen 
pembersih yang melelas.
X  Rajah C
1. Tanggalkan unit asas dan bahagian 
tambahan antara satu sama lain.
2. Lapkan unit asas dengan kain lembut, 
lembab dan keringkan.
3. Bersihkan bahagian tambahan dengan 
air sabut dan tuala lembut atau span, 
atau masukkan ke dalam mesin basuh 
pinggan mangkuk.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Msm24...gbMsm26...gb

Table of Contents