Bosch ErgoMixx MS62B6190G Instruction Manual page 16

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Pengendalian
X Rajah D
■ Letakkan mangkuk pada permukaan
kerja yang rata dan bersih.
■ Sisipkan bilah serba guna.
■ Tambah makanan.
Amaran!
Bilah serba guna mesti berkedudukan tegak
di dalam mangkuk supaya penutup dapat
dipasang dengan betul (Rajah D-3).
■ Letakkan penutup pada mangkuk dan
putar mengikut lawan arah jam.
Perhatian: Sekiranya agak susah
untuk memasang penutup, putarkan
gandingan tiga keping di bahagian
bawah alat tambah dan cuba lagi.
■ Letakkan unit asas pada alat tambah
dan kunci pada kedudukannya.
■ Masukkan penolak.
■ Masukkan palam sesalur.
■ Pegang unit asas dan aksesori
berbilang fungsi dengan kuat dan
hidupkan perkakas (tetapan turbo).
■ Untuk menambah lebih banyak bahan,
lepaskan butang Hidup. Tunggu
sehingga alat berhenti sepenuhnya.
■ Keluarkan penolak dan tambah bahan
melalui pembukaan pengisian.
■ Lepaskan butang Hidup selepas
pemprosesan.
Selepas menggunakan perkakas:
■ Putuskan sambungan palam sesalur.
■ Tekan butang pelepas dan tanggalkan
unit asas daripada alat tambah.
■ Putarkan penutup mengikut arah jam
dan tanggalkan daripada mangkuk.
■ Pegang bilah serba guna pada
pemegang plastik dan tanggalkan.
Cakera pembawa dengan sisipan
cakera
Sisipan penghiris – kasar
Tetapkan kawalan kelajuan pada kelajuan
rendah untuk memotong: timun, lobak
merah dan kentang.
Sisipan penghiris – halus
Tetapkan kawalan kelajuan pada kelajuan
rendah untuk memotong: timun, lobak
merah, ubi bit dan zukini.
16
Sisipan pencincang – sederhana
Tetapkan kawalan kelajuan pada kelajuan
tinggi untuk mencincang: epal, lobak
merah, keju dan kubis putih.
Sisipan cakera pemarut – kasar
Tetapkan kawalan kelajuan pada kelajuan
tinggi untuk memarut: kentang untuk ladu
dan penkek kentang; buah-buahan dan
sayur-sayuran untuk salad. Ia tidak boleh
digunakan untuk memarut lobak merah.
Peringatan!
Sisipan cakera tidak boleh digunakan untuk
memotong makanan yang sangat keras
(keju Parmesan, coklat).
Sisipan cakera hanya sesuai secara terhad
untuk memproses makanan berserat (lik,
saderi dan rubarb).
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Berhati-hati terutamanya ketika
mengendalikan sisipan! Perhatikan
bentuk dan kedudukan sisipan apabila
memasukkan ke dalam cakera pembawa.
Pegang cakera pembawa pada pemegang
berlekuk yang ditetapkan sahaja. Jangan
masukkan tangan ke dalam pembukaan
pengisian. Hanya gunakan penolak apabila
menambahkan lebih banyak bahan.
X Rajah E
■ Letakkan mangkuk pada permukaan
kerja yang rata dan bersih.
■ Masukkan sisipan yang dikehendaki ke
dalam cakera pembawa. Perhatikan
bentuk dan kedudukan (Rajah E-1)!
■ Pegang cakera pembawa pada
pemegang berlekuk dan masukkan ke
dalam mangkuk.
■ Letakkan penutup pada mangkuk dan
putar mengikut lawan arah jam.
■ Letakkan unit asas pada alat tambah
dan kunci pada kedudukannya.
■ Masukkan palam sesalur.
■ Tetapkan kelajuan yang dikehendaki
menggunakan kawalan kelajuan.
■ Pegang unit asas dan aksesori
berbilang fungsi dengan kuat dan
hidupkan perkakas.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents