Bosch ErgoMixx MS62B6190G Instruction Manual page 12

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Maklumat keselamatan
Kord kuasa tidak boleh bersentuhan dengan bahagian yang panas
atau ditarik melalui tepi tajam.
Jangan rendam unit asas di dalam air atau letakkan di dalam mesin
basuh pinggan mangkuk. Jangan gunakan perkakas dengan tangan
yang lembap dan jangan kendalikan tanpa muatan. Jangan rendam
perkakas di dalam bahan di atas titik sambungan tapak pengadun
dan unit asas.
Perkakas mesti selalu diputuskan sambungan daripada sesalur
kuasa selepas setiap penggunaan, apabila ia tidak diselia, sebelum
pemasangan, penceraian atau pembersihan dan sekiranya berlaku
kesilapan.
W Amaran
Risiko kecederaan
Berjaga-jaga semasa mengendalikan bilah pemotong yang tajam
dan semasa mengosongkan mangkuk serta semasa pembersihan.
Sebelum menggantikan aksesori atau bahagian tambahan yang
dialihkan semasa operasi, perkakas mesti dimatikan dan diputuskan
sambungan daripada sesalur kuasa. Jangan pasang atau keluarkan
aksesori sehingga perkakas berhenti sepenuhnya. Jangan
genggam bilah di tapak pengadun. Jangan bersihkan bilah di tapak
pengadun dengan tangan terdedah. Gunakan berus.
Jangan masukkan tangan ke dalam pelongsor suapan. Hanya
gunakan penolak yang disediakan! Jangan sentuh tepi tajam
bilah serba guna dengan tangan terdedah. Untuk memasukkan
dan mengeluarkan bilah serba guna, pegang pada plastik sahaja.
Bersihkan dengan berus.
Jangan pegang bilah tajam atau tepi sisipan pemotong. Pegang
pada pinggir sahaja. Perhatikan bentuk dan kedudukan apabila
memasukkan ke dalam cakera pembawa. Bersihkan dengan berus.
Pegang cakera pembawa pada pemegang berlekuk yang ditetapkan
sahaja. Aksesori mestilah dipasang dengan sempurna sebelum
digunakan. Apabila mengendalikan aksesori berbilang fungsi, unit
asas harus dihidupkan hanya apabila alat tambah gear dipasang
dan diskru dengan ketat.
W Amaran
Risiko melecur
Berhati-hati apabila memproses makanan panas. Makanan panas
mungkin terpercik semasa pemprosesan. Jangan letakkan tapak
pengadun pada permukaan yang panas atau gunakan untuk
makanan yang sangat panas. Biarkan makanan yang mendidih
menjadi sejuk hingga 80 C atau kurang sebelum diproses. Sebelum
menggunakan pengadun tangan di dalam periuk memasak, alihkan
periuk daripada plat panas.
12

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents