Panduan Memasak - Samsung MS23K3513 Series User Manual

Hide thumbs Also See for MS23K3513 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panduan memasak

Gelombang mikro
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik kepada dan diserap
oleh kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan bergerak dengan
pantas. Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan geseran dan haba yang dihasilkan
memasak makanan.
Memasak
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro menembusinya untuk
kecekapan maksimum. Gelombang mikro dipantulkan oleh logam, seperti keluli tahan karat,
aluminium dan tembaga, tetapi ia boleh menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik
serta kertas dan kayu. Jadi makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro, termasuk sayur-
sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras, biji-bijian, kacang, ikan dan
daging. Sos, kastard, sup, puding kukus, jeruk, dan cutni boleh juga dimasak di dalam
ketuhar gelombang mikro. Umumnya, proses memasak gelombang mikro adalah ideal bagi
sebarang makanan yang biasanya dimasak di atas dapur. Mencairkan mentega atau coklat,
contohnya (lihat bab dengan petua, cara dan panduan).
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air yang menyejat naik
sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan boleh ditutup dengan pelbagai cara:
spt. dengan pinggan seramik, penutup plastik atau plastik lekap gelombang mikro yang
sesuai.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting untuk
membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
20 Bahasa Melayu
MS23K3513AK_SP_DE68-04547E-00_MS.indd 20
Memanaskan semula Cecair dan Makanan
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk memanaskan
semula.
Makanan
Saiz Hidangan
Minuman (Kopi, Teh
150 ml (1 cawan)
dan Air)
250 ml (1 koleh)
Arahan
Tuangkan ke dalam cawan dan panaskan semula tanpa ditutup.
Letakkan cawan/koleh di tengah-tengah pinggan putar. Biarkan
di dalam ketuhar microwave (gelombang mikro) semasa masa
biar dan kacau rata. Biarkan selama 1-2 minit.
250 g
Sup (Dingin)
Arahan
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan
penutup plastik. Kacau rata selepas memanaskan semula.
Kacau sekali lagi sebelum menghidangkannya. Biarkan selama
2-3 minit.
Stew (Dingin)
350 g
Arahan
Letakkan stew ke dalam pinggan seramik yang dalam.
Tutup dengan penutup plastik. Kacau sekali-sekala semasa
memanaskan semula dan sekali lagi sebelum membiarkan dan
menghidangkannya. Biarkan selama 2-3 minit.
Pasta dengan Sos
350 g
(Dingin)
Arahan
Letakkan pasta (contohnya spageti atau mi telur) di atas pinggan
seramik leper. Tutup dengan plastik lekap microwave (gelombang
mikro). Kacau sebelum menghidangkannya. Biarkan selama
3 minit.
Kuasa
Masa (min.)
800 W
1-1½
1½-2
800 W
3-3½
600 W
5½-6½
600 W
4½-5½
2019-03-21
12:48:27

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents