Menggunakan Fungsi Masakan Kerak Manual - Samsung MC455THRCSR Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MENGGUNAKAN FUNGSI MASAKAN KERAK MANUAL

Biasanya, apabila memasak di dalam ketuhar gelombang mikro,
menggunakan mod gril atau gelombang mikro di dalam ketuhar gril/
perolakan, makanan seperti pastri dan piza menjadi kembang di bahagain
bawahnya. Menggunakan Pinggan kerak Samsung membantu anda
mendapatkan hasil masakan yang rangup.
Pinggan kerak boleh juga digunakan untuk bakon, telur, sosej, dll.
Pinggan stim/Pinggan kerak
1. Panaskan dahulu pinggan kerak, seperti yang diterangkan di atas.
Sebelum menggunakan pinggan kerak, panaskan ia dahulu dengan
memilih mod kombinasi selama 3 hingga 5 minit:
• Kombinasi perolakan (220 ºC) dan gelombang mikro. (aras kuasa
600 W)
• Kombinasi gril dan gelombang mikro. (aras kuasa 600 W)
Gunakan sarung tangan ketuhar setiap masa kerana pinggan kerak
akan menjadi sangat panas.
2. Sapukan pinggan dengan minyak jika anda hendak memasak makanan
seperti bakon dan telur, untuk memerangkan makanan dengan cantik.
Sila ambil perhatian bahawa pinggan kerak mempunyai lapisan teflon
yang tidak tahan calar. Jangan gunakan sebarang objek tajam seperti
pisau untuk memotong di atas pinggan kerak.
Gunakan aksesori plastik untuk mengelakkan calar pada permukaan
pinggan kerak atau alihkan makanan dari pinggan sebelum memotong.
3. Letakkan makanan di atas pinggan kerak.
Jangan letakkan sebarang bekas di atas pinggan kerak yang tidak
tahan panas (mangkuk plastik contohnya).
MC455THRCSR_SP_DE68-03349L_MA.indd 25
atau
Rak rendah
Rak tinggi
4. Letakkan pinggan kerak di atas rak logam (atau pinggan putar) di dalam
gelombang mikro.
Jangan sekali-kali letakkan pinggan kerak di dalam ketuhar tanpa
pinggan putar.
5. Putar Mode Selector Dial (Dail Pemilih Mod) ke
kedudukan mod Combi (MWO+Grill atau MWO+Conv).
Jika anda tidak memilik aras kuasa selepas menetapkan
mod Combi (MWO+Grill atau MWO+Conv), Ia akan
dipilih secara automatik berdasarkan tetapan asas dan paparan akan bertukar
kepada skrin tetapan masa operasi.
6. Pilih aras kuasa yang sesua dengan memutar Multi
Function Selector Dail (Dail Pemilih Berbilang
Fungsi).
7. Jika menggunakan mod MW+Convection, Mula-mula
pilih suhu yang sesuai dengan memutar Multi Function
Selector Dial (Dail Pemilih Berbilang Fungsi). Pada
masa itu, tekan Multi Function Selector Dial (Dail
Pemilih Berbilang Fungsi) untuk menetapkan suhu.
8. Tetapkan masa memasak dengan memutar dail
pengekod sehingga masa memasak yang sesuai
dipaparkan.
9. Tekan butang Start/+30s (Mula/+30s).
Hasil :
Proses memasak bermula.
• Setelah proses memasak selesai,
ketuhar akan berbunyi bip dan
memancarkan "0" empat kali. Ketuhar kemudian akan
berbunyi bip sekali setiap min.
Bagaimana membersihkan Pinggan kerak
Bersihkan pinggan Kerak dengan air suam dan detergen serta bilas dengan air bersih.
Jangan gunakan berus penggosok atau span keras; lapisan atasnya akan menjadi rosak.
Sila ambil perhatian
Pinggan Kerak bukan selamat pencuci pinggan.
25
2013-01-30
8:07:21

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents