LG KF390 User Manual page 71

Hide thumbs Also See for KF390:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak
tersedia di bawah semua rangkaian mudah
alih. Oleh itu, anda tidak sepatutnya
bergantung pada telefon untuk panggilan
kecemasan. Periksa dengan pembekal
khidmat setempat anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri
sepenuhnya sebelum mengecas semula.
Tidak seperti sistem bateri lain, tiada
kesan memori yang boleh menjejaskan
prestasi bateri.
• Hanya gunakan bateri dan pengecas
LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan ceraikan atau litar pintaskan
pek bateri.
• Pastikan sesentuh logam bateri sentiasa
bersih.
• Gantikan bateri apabila ia tidak lagi
memberi prestasi yang boleh diterima.
Pek bateri boleh dicas semula beratus-
ratus kali sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia telah lama
tidak digunakan untuk memaksimumkan
kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri
kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang
tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang
panas atau dingin, ini boleh menjadikan
prestasi bateri semakin buruk.
• Terdapat risiko letupan jika bateri
digantikan dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan
mengikut arahan pengilang. Sila kitar
semula apabila boleh. Jangan lupuskan
sebagai sampah rumah tangga.
• Jika anda hendak menggantikan bateri,
bawa ia ke pusat servis LG Electronics
atau penjual yang disahkan untuk
mendapatkan bantuan.
• Sentiasa tanggalkan pengecas dari
soket dinding selepas telefon dicas
sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa
pengecas daripada penggunaan yang
tidak diperlukan.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents