Langkah-Langkah Keselamatan - Panasonic MK-F300 Operating Instructions Manual

Household use
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna, orang lain dan kerosakan harta benda, sila
patuhi arahan-arahan berikut.
 Carta berikut menunjukkan tahap kerosakan yang disebabkan oleh operasi yang salah.
AMARAN
AWAS
 Simbol dikelaskan dan dijelaskan seperti berikut.
Simbol ini menunjukkan larangan.
 Jangan merosakkan Tali Kod atau Palam.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
 Jangan gunakan perkakas ini jika Tali Kod atau Palam rosak atau Palam disambungkan ke soket
secara longgar.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
a Jika Tali Kod rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, ejen perkhidmatan atau orang dengan
kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
 Jangan memasang atau mencabut Palam dengan tangan yang basah.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik.)
 Jangan melebihi voltan dan jangan menggunakan arus alternatif selain daripada yang disenaraikan
pada perkakas.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.)
• Pastikan voltan yang dibekalkan kepada perkakas adalah sama seperti bekalan tempatan anda.
• Memasang alat peranti lain ke dalam soket yang sama boleh menyebabkan pemanasan elektrik yang
berlebihan.
 Jangan rendamkan Bahagian Motor ke dalam air atau percikan ia dengan air.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
 Jangan membuka, membaiki atau mengubah suai perkakas.
(Ia boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan.)
a Sila hubungi pusat perkhidmatan anda untuk pembaikan.
 Jangan letakkan sebarang objek ke dalam lubang angin atau celah.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kerosakan.)
• Terutamanya objek logam seperti pin atau wayar.
 Jangan menggantikan mana-mana bahagian perkakas dengan alat ganti selain daripada alat ganti
tulen.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan, kejutan elektrik atau kebakaran.)
 Jangan cuba mengalihkan Penutup apabila perkakas masih beroperasi.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
 Jangan gunakan air panas (melebihi 60 ⁰C) untuk tujuan membersih atau api untuk mengeringkan
perkakas.
(Ia boleh menyebabkan melecur atau kerosakan.)
 Jangan letak bahan-bahan panas (melebihi 60 ⁰C) ke dalam Balang.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan.)
 Jangan masukkan jari atau perkakas seperti sudu, garpu dan sebagainya ke dalam Balang semasa
operasi.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan, kejutan elektrik, atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
 Jangan menolak Pin Keselamatan dan Tuil Keselamatan dengan sebarang peralatan, kayu dan
lain-lain, kerana perkakas mungkin akan dihidupkan.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
(Pastikan mengikut arahan ini)
Menunjukkan kecederaan serius atau kematian.
Menunjukkan risiko kecederaan atau kerosakan harta benda.
Simbol ini menunjukkan keperluan yang mesti
dipatuhi.
AMARAN

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents